Sanah Hilwah Ya Jamilah


salam buat semua..syifa' doakan semoga semuanya sihat alhamdulillah..mari kita lihat, gambar apa yerk kat atas tu?erm, hari ni birthday syifa'..syifa' dah 1 tahun..sapa yang ingat?emmm, nampaknyer ummi ngan abi lah sahaja yang igt..banyak kali ummi ngan abi cium syifa' tadi, sambil2 mereka usap, mereka belai, mereka peluk dan mereka dakap erat2 syifa' dengan penuh kasih sayang..berkali2 ummi ngan abi mengucap'n selamat hari lahir buat syifa'..terharu sangat syifa' rasa..masa menulis ni pun, terasa mengalir je air mata di pipi syifa' ni..syifa' sayanggg sangat ummi ngan abi..

syifa' dilahirkan pada 1.37 am tanggal 23 julai 2008 di hospital tengku ampuan afzan, kuantan, pahang..berat syifa' masa lahir 3.9 kg..berat kan..masa nak lahir tu, susah betul syifa' nak kuar dari perut ummi..malu2 gitu..hehe..lama sangat ummi duk dalam labour room..hampir 20 jam..bermacam2 wayer ada kat tangan ummi..kesian ummi..disebabkan terlalu lama dalam labour room, ummi tiada kekuatan lagi untuk bersalin secara normal..erm, sebab itulah, syifa' lahir by operation..ummi dah tak dak tenaga dah..lagipun syifa' besar dan kedudukan kepala dan badan syifa' tidak berada pada posisi yang betul..erm, itu baru masa bersalin..lepas bersalin plak, macam2 yang ummi kena lalui..ummi demam..tekanan darah ummi tinggi..nak tahan kesakitan ditempat yang di'operate'..takder susu dan sebagainya..tapi, alhamdulillah lah, syifa' tak kena 'kuning'..tapi ummi kata, kesakitan yang ummi tanggung tu, terubat bila adernyer abi yang senantiasa memberi sokongan buat ummi..beruntung sungguh ummi dapat suami macam abi..

erm, abi plak, masa ummi nak bersalin, sepanjang waktu abi di sisi ummi di labour room..abi sentiasa usap2 kepala dan perut ummi..abi genggam tangan ummi erat2..abi tenangkan jiwa ummi..abi bagi semangat dan kekuatan buat ummi..abi baca ayat2 suci alQuran buat ummi..abi berdoa banyak2 kepada Allah utk ummi..tak lupa juga abi sempat buat solat hajat untuk ummi..ummi kata, ummi terharu sangat..sayang betul abi kat ummi..hari tu, makan abi pun, abi dah tak ambik kisah..sampaikan hampir demam abi dibuatnyer..bukan setakat masa ummi bersalin je..masa dah bersalin pun, abi take care sangat kat ummi..

oklah kawan2..sebenarnya, banyak lagi yang syifa' nak cerita..tapi syifa' rasa cukup sekadar itu sahaja..yang penting, apa yang syifa' nak 'highlight' kan di sini, pengorbanan ibu dan ayah itu terlalu banyak buat kita..jadi, sebagai anak, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berbuat baik pada mereka..hormati mereka..dan jadilah anak yang soleh dan solehah..anak yang menjadi kebanggaan buat mereka..yang menjadi penenang jiwa mereka..penyejuk mata mereka..

haaa! lupa plak syifa' nak btau..nanti, insyaAllah, next week syifa' nak balik pahang..ummi ngan abi kata, nak celebrate birthday syifa' di sana..buat kecik2 je..syifa' tak kisah pun..tak celebrate pun takpe..yang penting, ummi ngan abi ingat dan tetap menyayangi syifa' selamanya..

oklah, syifa' nak tido dulu..lagipun esok syifa' kena bangun awal nak pi klinik..ummi kata syifa' nak kena 'inject' esok..takutnyer syifa'..doakan syifa' tak demam ye..akhir kalam, syifa' nak ucapkan berbanyak time kasih buat nenek, toki, pck2 dan mck2 di atas segala pengorbanan dan kasih sayang kalian sejak ummi mengandungkan syifa' sehinggalah sekarang..syifa' sayang kalian semua..abiiii, syifa' sayang abiii..ummiiii, syifa' sayang ummiiii..time kacih abi ngan ummi di atas segalanya..muaahhhh..

sekian, wassalam..

1st day

1st day

1st day

2nd day

2nd day

3rd day

3rd day

3rd day

4th day

4th day

5th day

5th day

next day

next day

next day


Baca Selanjutnya...

Toki Dan Nenek Yang Syifa' Sayangi

salam semua..apa khabar?diharap semuanya sihat hendaknya..post syifa' kali ni, syifa' nak citer pasal nenek ngan toki syifa'..nenek dan toki yang sebelah ummi..ala, yang kat pahang tu..syifa' kangan bangat sama nenek ngan toki..bila ya sih dapat syifa' pulang ke sana..waduh2..kok gawat ni..kangan bangat hati ini..hehe..speaking indon la plak..

actually, syifa' takder lah nak citer apa2 ttg nenek ngan toki..lagipun, achik syifa' dah banyak citer dah ttg mereka..erm, dah baca dah ke?kalau tak baca lagi, boleh la klik di sini:


haa! sambung balik yang tadi..macam syifa' cakap tadi la, syifa' bukanlah nak citer apa2 ttg nenek ngan toki..syifa' cuma nak upload gambar terbaru nenek ngan toki syifa'..hehe..baru je pak teh syifa' ambik tadi..masa tu, nenek syifa' baru je balik dari usrah..pak teh syifa' skrg tgh bercuti..skrg ni dia study kat matric UIA kat PJ..pak teh ambik kos apa erkk..jap erk..lupa lak..haaa! kosMETIK..haha..main2 je la..pak teh ambik course engineering la..

ni gambar yang pak teh ambik tadi..


yang ni plak gambar masa pagi raya last year..wah, serius nyer toki..


ni gambar masa raya last year jg..berhenti jap kat masjid..on the way nak ke ghanu kito..


masa ni syifa' takder lg..ni gambar masa ummi ngan mak lang kawen..toki wakil mak lang..nenek wakil ummi..


ha!!! kan betul syifa' cakap..purple untuk ummi..hijau untuk mak lang..erm ayah lang ni, napa tak pandang camera???

waaa..bahagia kan tengok nenek ngan toki syifa'..romantik gitu..tenang je wajah mereka..kita lihat pun hati tenang..tulah wajah orang2 yang beriman..syifa' pernah t'dengar mutiara kata yang berbunyi, 'orang beriman ni, kalau kita lihat wajah mereka, terasa tenang je hati kita yang melihatnya'..erm, tapi syifa' tak ingat lah ni hadith ke or pepatah arab..apa2pun, syifa' doakan semoga nenek ngan toki ditempatkan bersama golongan hambaNYA dijanjikan syurga kelak insyaAllah..amin..erm, tak lupa juga buat mama dan baba syifa' di kelantan ni..

oklah..syifa' rasa sampai di sini dulu..syifa' sayangggg nenek..syifa' sayangggg toki..muahhhh..wassalam..

Baca Selanjutnya...

Durian Oh Durian

salam buat semua..apa khabar?syifa' doakan agar kalian semua diberikan tubuh badan yang sihat dan senantiasa dalam redhaNya..erm, sekarang musim durian..waaaaa..syifa' suka sangat makan durian..kalau syifa' jalan-jalan, sana sini boleh tgk durian..mana tak terkeliur nya..kalau boleh tiap2 hari syifa' nak makan durian..


erm, durian ni, kalau makan banyak, nanti rasa panas je badan..asyik berpeluh je..syifa' mana la tahu..syifa' kecik lagi..tapi sebenarnya, ummi ngan abi dah btau dah syifa'..syifa' je yang buat2 tak dengar..hehe..padan muka syifa'..masa first time makan tu (abi beli), ummi dan abi dah larang syifa' jangan makan banyak, tapi syifa' degil jugak..syifa' nangis2 dan merengek2 nak makan..nak tak nak, ummi ngan abi kena jugak lah suap syifa'..erm, apa lagi..tak lama pas makan tu, syifa' berak cair..banyak!!hehe..sian ummi kena basuh..bucuk plak tu..hehe..

tu baru first time makan..tapi, syifa' tak serik2 juga..second time makan pun (tuan rumah bagi), syifa' hentam jugak makan banyak2..ummi ngan abi tak boleh nak buat apa..sebab syifa' guna 'kuasa veto' syifa'..hehe..masa second time makan tu, malam tu, syifa' tak boleh duduk diam..macam cacing kepanasan..berpeluh je syifa'..panas je badan syifa'..sian ummi..duk risau ke syifa' yang degil ni..kejap2, ummi lap badan syifa'..kejap2, ummi mandikan syifa'..sayang sungguh ummi kat syifa'..malam tu, kami tidur pasang kipas yang paling laju..tak berselimut pulak tu..selalu nyer, syifa' tido, mst ummi selimut..tapi kali ni tak selimut pn..hehe..kepanasan punya pasal..sekarang ni, syifa' igt nak insaf la..syifa' tak nak nyusah kan ummi ngan abi lagi..lagipun, syifa' tak larat la nak berak2 ngan berpeluh jeruk..


tengah syifa' asyik sedang menulis, tiba2..'knock' 'knock' 'knock'..'eh, bunyi apa tu..macam orang ketuk pintu je..jap erk, syifa' nak btau abi jap'..syifa' pun menjerit sekuat hati, 'abiiiii, ada orang ketuk pintu la'..abi pun buka pintu umah..rupa2 nyer pakcik zali, jiran sebelah umah syifa' datang...opsssss!!!! tidakkkk!!! durian lagiiiii.. waaa..macam mana ni..syifa' baru je kata syifa' nak insaf..dugaan betul la..'Ya Allah, kuatkanlah iman syifa', Ya Allah..'

hehe..durian yang kali ke3 ni, tak tahu la syifa' dapat makan ke tak..kita tgk je la nanti yer..tapikan syifa' rasa, nanti mesti ummi ngan abi makan sorok2 durian tu..hehe..takpeee..nanti, masa abi ngan ummi tengah syok2 makan durian, syifa' nak terjah ummi ngan abi makan..hehehe..tunggu yer ummi ngan abi..tak baik tau makan sorang2..huhu..

oklah, syifa' rasa sampai setakat ini dulu..tapi sebelum tu, syifa' terfikir dan syifa' tertanya2..kenapa yer, setiap kali selepas makan durian, ummi mesti bagi syifa' ngan abi minum air yang di isi dalam kulit durian..ummi kata nak kurangkan rasa panas badan..betul ke tu..mak lang, betul ke tu?cuba la mak lang explain sikit kat kami ni, dari sudut saintifik nyer..mak lang kan bakal jadi doktor..tak lupa juga ayah lang..dua2 boleh tolong jawab..hehe..ok, sampai di sini dulu..wassalam..


Baca Selanjutnya...

Anak Soleh (UNIC) - Lagu Tema Blog Syifa'

Sifat anak yang soleh
Mentaati ibu ayah
Tidak membantah
Malah mentaatinya
Halus peribadinya
Mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga
Akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga
Hanya kerana Yang Esa..


Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah
Dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Didalam kehidupan penuh pancaroba..


Tiada cinta di hatinya
Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu
Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang
Hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati
Sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman
Sentiasa dikasihi
Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh..

Baca Selanjutnya...

Coretan Hati Achik Syifa' (NENEK)

salam semua..ini coretan hati achik syifa' ttg nenek syifa' plak..

http://truelovehunter.blogspot.com/2009/06/coretan-anak-emak.html


erm, kalau nak tgk ttg toki syifa', kawan2 cb tgk kat sebelah kiri blog syifa'..di bahagian NUKILAN SYIFA' (CORETAN HATI ACHIK)..klik je kat situ..kat dalam tu, ada juga ttg toki syifa'..

ok, sekian, wassalam..
Baca Selanjutnya...

Ummi Syifa' Yang Sibuk

salam buat semua..dah lama rasanya syifa' tak menulis..rindu la syifa' kat kalian semua..waaa..rindunyer nak balik pahang..nak jumpa nenek, toki, mck2, pck2 dan juga sepupu syifa', iffah yang montel..hehe..ya Allah, Kau berikanlah kesempatan pada syifa' dan keluarga untuk bertemu insan2 yang kami rindui..perkenankanlah doa kami, ya Allah..

erm, kali ini, syifa' nak menulis ttg ummi..ummi ni, sejak akhir2 ni, bukan main sibuk lagi..kejap2 online..kejap2 online..syifa' pun pelik kenapa..selalunyer, ummi takder lah macam ni..selidik punya selidik..rupa-rupanyer, ni keje mak lang..mak lang la punya pasal..ambik ummi dari syifa'..curi masa syifa' untuk bermanja dengan ummi..waaaa..tak nak kawan ngan mak lang..tak nak kawan mak lang..erm, nak tahu tak ummi ngan mak lang buat apa?jap erk, cuba kalian tengok gambar ni..

haa..ni la keje ummi ngan mak lang..buat blog rupanyer..apa2 pun, tahniah buat mak lang..bila syifa' tengok blog mak lang yang dah siap tu, hilang merajuk syifa..cantik la blog mak lang..hehe..pandai jugak ye ummi syifa'..berjaya melahirkan seorang blogger..hehe..surprise ayah lang..maybe blog ini antara special present dari mak lang untuk ayah lang kot..ye la, tak lama lagi kan, genap 2 tahun ayah lang dan mak lang bergelar suami isteri..

okey, dah habis cerita ttg blog..syifa' nak citer plak ttg risalah..risalah???apa itu risalah???kwang3..hehe..kawan2 ingat tak lagi Risalah Suara Fitrah..sekarang ni, ummi ngah sibuk buat risalah tu lah..asyik mengadap komputer je ummi..yer la..nak siapkan risalah lah katakan..sebenarnya, ummi dah terlambat siapkan risalah tu..sepatutnyer bulan jun dah keluarkan..kata ummi, ummi rasa bersalah sangat kat nenek..kesian ummi..erm, ummi slalu berkejar-kejar..bila syifa' tido je, ummi terus buka komputer..siapkan risalah..tapi, syifa' ni plak, cepat je dia nak bangun..asyik nak kacau ummi je....kesian ummi..syifa' bukan apa sebenarnya..syifa' nak tolong ummi buat risalah tu..tapi kena marah plak..hehe..nak menolong tak bertempat..itulah padahnya....erm, kata ummi, risalah tu skrg dah terbitan yang ke-6..walau sesusah manapun nak buat risalah tu, ummi tetap tekun dan sabar menyiapkannya..bagi ummi, itulah sedikit sumbangan yang dapat ummi infakkan untuk Islam..terharu syifa' mendengarnya..maaf yer ummi, syifa' selalu kacau ummi..tapi, syifa' sayangkan ummi tau..muahhh...


oklah, syifa' rasa cukup sampai setakat ini dulu..sayang kalian semua..erm lupa plak syifa' nak cakap..hari ni, badan syifa' panas je..syifa' demam..tapi skit je..ummi kata, mungkin gigi syifa' nak tumbuh lagi kot..alhamdulillah..terima kasih, ya Allah atas kurniaan Mu yang tak terhingga..akan syifa' jaga gigi syifa' ini sebaiknyer..akan syifa' gunakan ia untuk jalan kebaikan..akan syifa' makan makanan yang halal..akan syifa' tinggal makanan yang haram..juga produk makanan yang di 'boycott'..

sekian, wassalam..
Baca Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...