Selamat Hari Lahir Pak Su


salam buat semua..di sini syifa' ingin mengucapkan selamat hari lahir buat pak su syifa'..nama pak su syifa' saifullah muharrar..pak su lahir tanggal 31 ogos tahun 2000..hehe..anak meredeka la orang kata pak su ni..

alhamdulillah, hari ni genap umur pak su 9 tahun..syifa', ummi ngan abi doakan moga pak su sentiasa dalam redhaNYA..jadi anak yang soleh..jangan nakal2 ye pak su..pak su kan dah besar..kena rajin tolong nenek ngan toki..juga jadi contoh buat adik pak su, mak cu..hormat abang dan kakak..ha! satu lagi..kena jadi hamba Allah yang taat..solat diawal waktu..rajin2 baca alQuran..

oklah pak su..sampai di sini dulu..kami semua sayang pak su..muahhhh..

pak su syifa' yang comel

Baca Selanjutnya...

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Baca Selanjutnya...

Selamat Hari Lahir Iffah

salam..dikesempatan ini, syifa' ingin mengucapkan selamat hari lahir buat sepupu syifa' yang tomey, iffah mardhiyyah..maaf ye iffah..syifa' lambat wish..hehe..dah satu tahun dah iffah..samalah kiter yer..

apa2 pun, syifa' doakan semoga iffah cepat berjalan dan cepat dapat adik baru..hehe..erm, syifa' doakan juga semoga iffah menjadi anak yang solehah juga hamba Allah yang taat..jangan nakal2 yer..syifa', ummi ngan abi di sini sayangggg iffah..muahhh..

erm, kat bawah ni ada special kad dari kami buat iffah..cantik tak..jangan lupa tau pakai baju 'hepi besday' yang ummi ngan abi hadiahkan tu..
ok..sampai di sini dulu..ilal liqa' wamaassalamah..


Happy Birthday Myspace Comments



Baca Selanjutnya...

Hari Yang Indah Buat Syifa'

salam buat semua yang syifa sayangi..apa khabar?didoakan semoga sihat semuanya..amin..dah lama dah rasanya syifa tak mencoret dalam blog syifa' ni..hehe..rasa tercabar juga syifa' bila tgk toki, mak lang, ayah lang dan achik dah update blog mereka..hehe..blog abi tu, dikecualikanlah..mmg sejak azali lagi camtu..huhu..maaf abi..juz kidding (tapi mmg camtu pun blog abi tu)..

oklah, melalut lah plak syifa' ni..erm, sebenarnya syifa' nak citer ttg malam tadi..syifa' hepi sangat..sebab ummi ngan mak lang bersusah payah menganjurkan majlis kesyukuran buat syifa' dan iffah sempena hari lahir kami yang sudah mencecah 1 tahun..time kasih buat ummi ngan mak lang..tak lupa juga buat abi, toki, nenek, pakcik dan makcik semua..

kenangan terindah..

masa majlis tu, kebetulan syifa' ngan iffah pakai baju yang sama..warna merah..kami tak rancang pun..kuasa Tuhan kan..subhanalLah, cantik sungguh perancangan Allah..malam tu kami berhias comel2..ummi tocang tiga rambut syifa'..iffah plak, ibu dia buat 'pokok kelapa' kat kepala dia..kami berdua pakai topi..syifa' punyer warna pink..iffah punyer warna merah..topi ni, abi ngan ummi yang beli..time kacih ummi ngan abi..

iffah cool jer..syifa' nangis..syifa' tak sihat la..

malam tu, menu utama kami 'nasi beriani ayam boxing'..hehe..macam2 nama..sedap tau..erm, selain tu, kami jugak makan tembikai, makanan ringan, cempedak goreng dan air sunquick tropika kegemaran syifa'..cempedak tu, tok long syifa' yang bagi..tok long duk kat ghanu..banyak buah tok long bagi..rambutan dan buah pulasan pun ada..time kasih tok long..

makan berjemaah..rapatkan ukhuwah..

ops, satu lagi! malam tu ada jugak kek tau..sedapppp..cantikkkk..tapi syifa' tak boleh la nak bagi kawan2..sebab dah habis..hehe..erm, kek tu ummi ngan abi yang beli..ni yang syifa' sayang kat ummi ngan abi ni..muahhhh..

comelnyer kek ni..macam syifa' la..hehe..

oklah, kita stop citer ttg makanan..kite citer pasal lain ye..kawan2 nak tahu tak..malam tu syifa' sedih..sebab ayah ngah dan ayah teh takder..uwaaaaa..syifa' rinduuuu..ayah ngah dan ayah teh tak dapat balik sebab ada keje..takper lah..lain kali kiter jumpa ye, insyaAllah..erm, syifa' sedih jugak sebab badan syifa' tak sihat sangat..syifa' demam dan selesema..asyik meleleh je hingus kat hidung syifa'..tak selesa sangat syifa' rasa..takper, ia ujian dariNYA..syifa' terima seadanya..DIA uji syifa', tandanya DIA ingat pada syifa' kan..DIA sayang pada syifa'..alhamdulillah..apa2 pun, kita kena ingat, ujian tu adalah sunnatulLah..dalam hidup ini, kita tidak dapat lari daripada diuji..sebab Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al-Ankabut ayat 2, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, 'kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi.."

dikesempatan ini juga, syifa' nak mengucapkan time kasih pada ummi ngan abi sebab bagi hadiah istimewa buat syifa'..syifa' dapat baju baru..iffah pun dapat..baju kami sama, tapi design je yang berbeza sikit..time kasih jugak buat mak lang ngan ayah lang..syifa' dapat buku baru..tak lupa juga buat achik..nanti merajuk plak..time kasih achik atas 'scarf' pink yang cute..time kasih juga buat nenek ngan toki..sebab malam tu, nenek ngan toki yang sponser makan..

hehe..syifa' ni..pandang mana tu?

ha! macam tu la..kan bagus..comel jer..hehe..

ni la baju ummi ngan abi bagi untuk syifa'..ni la hadiah dalam kotak tu..

eh iffah ni! ambik la hadiah tu..nak ambik kek plak..hehehe..

macam tu la..bertindak ikut arahan!

ha! ini lah hadiah baju buat iffah dari ummi ngan abi..samakan macam syifa'..

ni pulak..buku yang mak lang ngan ayah lag bagi..nanti syifa' baca ye..

adush! sakitnyer..achikk!!! tajam la scarf ni..hahaha..

scarf dari achik buat syifa'..

scarf dari achik buat iffah..

keesokannya (hari ini), syifa' bergambar dengan baju dan hadiah2 yang syifa' dapat..bukan apa..nak buat kenangan..kenangan pertama dalam hidup syifa'..indahnyer..erm, dah 1 tahun dah syifa'..rasa macam tak percaya je..kejap je masa berlalu kan..


mana yang comey?baju ke syifa'?mestila dua2..nnt merajuk plak ummi ngan abi tu..

eh..mana hadiah syifa?ummiii, mana hadiah syifa'..

"kat atas kerusi tuuuu! cuba syifa' tengok," jerit ummi..

syifa' dengan topi..

camne nak baca ni??abiiiii..ajar la syifa'..

merenung masa hadapan..

wah, khusyuknyer baca buku..

"A=ayam.. B=bola.. C=cawan.. ummiiii, D apa???"

semoga syifa' berperibadi mulia seperti yang terdapat dalam buku ni..

oklah, syifa' dah ngantuk ni..letih dah tangan ni menaip dari tadi..akhir kalam dari syifa', time kasih kepadaMU Ya Allah atas kurniaan yang tidak terhingga..insyaAllah, syifa' akan cuba sedaya upaya syifa' untuk menjadi yang terbaik buat mereka..syifa' akan menyayangi dan menjaga mereka selagi hayat syifa' masih dibadan..syifa' terlalu sayangkan mereka Ya Allah..Kau berkatilah kami..Kau redhailah kami..Kau ampunilah segala dosa kami..Kau tetapkanlah hati kami di atas landasanMu..Moga di syurgaMU kelak kami bertemu..aminnn Ya Rabb..

perkenankanlah doa syifa' Ya Allah..syifa' mengharap hanya padaMU..

sekian, wallahu a'lam..wassalam..

Baca Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...