Kentang Putar Ummiey



Salam buat semua tetamu2 ummiey..syukran coz ziarah blog ummiey yang tak seberapa ni..udah lebih seminggu ummiey tak update blog..macam2 alasan lah akan keluar..hehehe..btw, suka sangat, akhirnya, rajin juga jari2 ummiey ni nak menekan huruf2 di keyboard ummiey ni..

oklah, utk hari ini, ummiey nak kongsikan resepi kentang putar..heheh..ummiey ni amat2 lah suka makanan yang berunsurkan kentang..hehehe..paling suka, of course lah kentang putar n cheezy wedges..sodapnya..ehhehe..bagus ummiey!! makan byk2 kentang tu..biar bertambah comel!!! hehehe..

Hurm, ummiey cari resepi ni kat Google..tapi, cam besalah kan, ummiey suka m'jadikan hak cipta sendiri..hehhe..coz ummiey byk ubah dari resepi asal..biar sesuai dengan selera ummiey..so, jadilah ia 'Kentang Putar Ummiey'..heheheh.. 

hehe, seperti biasalah, ummiey ni selalu kuar topic kan..takpe..kita berkongsi pengalaman masing2..tak salahkan..hurm, berbalik kepada topik asal kita tadi, Resepi Kentang Putar Ummiey..

ok, shall we start now? Yes!!!! (jawab pengunjung2 blog ummiey)..heheh..juz kidding..okeh, nak buat kentang putar ni, ada 2 step la..satu, nak buat kentang putar tu sendiri..kedua, nak buat kuah dia..kedua2 step ni, ummmiey buat serentak..

A) Kentang Putar:

Bahan-bahan: 
 
- Kentang (6 biji)
- Susu segar (1 susu besar je ummiey guna..patutnya resepi asal dalam 5 sudu..hehe..tapi ummiey tak suka susu..so, ikut selera masing2 lah ye..)
- Mentega (1 sudu besar)
- Garam (secukup rasa)
- Lada hitam yang di bland (1/2 sudu kecil sahaja..ummi isi sikit je coz anak2 ummi suka kentang putar..so, terpaksa lah isi sikit..klu tak, ummiey isi lebih ckit..ikut situasi masing2 lah ye..)


Cara-cara:
 
1) Potong dadu kentang dan rebus dengan air.. air tu biar sama paras dengan kentang, lebih sikit la..tambah garam sikit masa rebus..rebus hingga air kering..bukan rebus sehingga HANGIT plak..heheh..
2) Then toskan..kemudian lenyek sehingga hancur..sebab tu lah kena potong dadu..senang proses nak melenyek nya..heheh..ekceli, boleh je nak guna hand mixer..
3) Kemudian masukkan susu dan mentega.. gaulkan sehingga sebati..
4) Lastly, masukkan garam secukup rasa dan juga lada hitam..
5) Siappp!! Tunggu nak dicurahkan dengan kuah lada hitam nyaa..


B) Sos Lada Hitam:


Bahan-bahan: 
 
- Air (3 cawan)
- Bawang Holland (Bawang besar yang warna kuning tu..1/2 biji je..pastikan yg besar tau..klu bwg tu kecil skit, guna je lah sebiji..)
- Serbuk Pati Ayam (1 1/2 sudu besar)
- Mentega (2 sudu besar)
- Tepung Gandum (1 1/2 sudu besar)
- Sos tomato (1/2 sudu besar)
- Sos tiram (1/2 sudu besar)
- Garam (jika perlu)
- Lada hitam yang di bland (1 sudu kecil)


Cara-cara:
 
1) Masakkan air, serbuk pati ayam dan bawang yang dipotong dadu..Biarkan sehingga mendidih.. Then kecikkan api, biarkan selama 10 minit.. Kemudian tapis dan ketepikan dulu..kita nak guna air rebusan itu shj tau..jgn tersilap plak..bwg yang disimpan, air yg di buang..heheh..
2) Okeh, skrg, gunakan kuali yang kering dan bersih..letakkan di atas dapur..tapi jgn buka api dulu..masukkan mentega dalam kuali..then buka api kecil dan kacau mentega sehingga cair..
3) Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau.. kacau till tepung tu tak melekat di kuali (kiranya biar tepung tu sebati dgn mentega dan kelihatan sedikit cair..)
4) Then, tuangkan air rebusan tadi perlahan2 dan kacau till likat (hampir pekat)..ha!!!masa step ni, dah boleh besarkan sedikit api..tapi jgn besar sgt..apa yg penting, sederhana!!! (hehhe..jadi wonder pets sekejap)..
5) okeh, skrg boleh masukkan sos tomato dan sos tiram.. Kacau till pekat..
6) cuba rasa sedikit kuah tu..klu dah ok masin dia, tak perlu tambah garam.. If tak, tambahlah secukup rasa..
7) Lastly, masukkan bahan utama kita, iaitu sebuk lada hitam..kacau hingga sebati..
8) AlhamduliLlah..dah siap dan sedia utk dimakan..selamat mencuba..


* sepatutnya kena guna daun saderi..daun saderi ni dicincang halus dan direbus sekali pada step no 1..tapi, daun saderi takde masa ummiey pi beli..so, ummiey tak guna lah..tapi, sodap je rasa nya..macam KFC punya..

hehhe..ok, setakat ini dahulu resepi ummiey utk kali ini..sehingga kita berjumpa lagi dilain resepi..wassalam..



Baca Selanjutnya...

Kisah Teladan: Kisah Bau KASTURI dan ZINA


Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut. Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: 

“Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: 

“Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..

Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya.

Baca Selanjutnya...

Mee Bandung Ummiey


Assalamualaikum buat semua..apa khabar?semoga sama2 kita dikurniakan kesihatan yang sihat untuk terus mendamba cintaNYA yang ESA, insyaAllah..hurm, minggu ni ummiey rasa nak post ttg masak2 je..saje nak kongsi dengan pengunjung blog ummiey..kalian cuba tau..sedap lah bagi ummiey..tak tahu lah bagi kalian..hehhe..macam perasan pandai sangat lah tu si ummiey ni..kui kui kui..


oklah, berbalik kpd topik kita hari ini, hurm, hari ni plak ummiey nak kongsi resepi mee bandung ummiey..simple je..ummiey tanya resepi kat Mr. Google je..tapi, ummi byk ubah resepi tu..jadi, ni kira resepi ummi lah kan..hahah..memandai je ummiey ni nak cari publisiti..okeh, malas nak mengomel panjang lagi, kita teruskan dengan resepi kita..

Bahan-bahan:

Bahan A (Bland)
- Bawang besar (1 biji)
- Bawang putih ( 7 ulas)
- Halia (2 cm)
- Cili kering (9 tangkai)
- Cili api (3 biji)


Bahan B
- Mee kuning (sebungkus)
- Udang Basah (11 ekor - lagi byk lagi best..heheh..)
- Kentang (1 biji)
- Fish ball (ikut suka..)
- Cili besar (1 biji)
- Tomato (1 biji - belah 4)
- Sawi (ikut suka..)
- Telur (2 @ 3 biji)
- Garam n gula (secukup rasa)
- Perencah ayam (optional - if tak nak pun tak pe..)


Cara-cara:

1) Celur mee kuning.. Kemudian toskan dan letak ke tepi..
2) Ubi kentang belah 4 dan rebus.. Kemudian lenyekkan atau bland dengan sedikit air.. Letak ke tepi juga..
3) Udang basah - kerat 2 dan buangkan sedikit kepada yg tajam dan ekor..kemudian rebus dengan air hingga mendidih.. hurm, pandai2 lah ye byk mana air yang nak digunakan..asalkan cukup utk makan dgn sebungkus mee.. kemudian tapis..air rebusan udang tu kita nak guna tau..ok, yang ni pun kita ketepikan jugak dulu..
4) Then, panaskan minyak dan tumis Bahan A sehingga pecah minyak n naik bau..
5) Masukkan udang dan biarkan sehingga 3 minit.. Kemudian masukkan air rebusan udang, kentang n Fish ball.. biar sehingga mendidih..
6) Kemudian, masukkan telur satu per satu..jangan Kacau!! biarkan sehingga telur hampir masak baru kacau dan masukkan sawi serta tomato..
7) Lastly, masukkan garam, gula dan perencah secukup rasa..
8) Siappp!!! Hurm, dah bolehlah di makan dengan mee yang telah anda celur tadi.. Selamat mencuba..


* Ummi masukkan sedikit air celur mee ke dalam masakan..masukkan sekali dengan bahan-bahan di cara-cara no 5..masukkan dalam 1 cawan..ha!!!! sebelum celur mee tu, sila lah basuh dahulu ye..jaga kebersihan..insyaAllah, sihat tubuh badan..okeh, setakat ini dulu utk kali ini..ilal liqa'..wassalam..
Baca Selanjutnya...

Asam Pedas Ikan Patin


Assalamualaikum buat semua.. apa khabar?diharap semua sihat hendaknya..dah seminggu ummiey tak update blog..huhu..bukan tak nak update, tetapi, laptop ummiey baru siap di repair..heheh..wayer je pun..laptopnya ok je..heheh..pasni, anak2 ummiey dah tak merasa lah guna laptop ummiey..hehehe..hanya ummiey sahaja..sayang tuuu..b4 ni, laptop ummiey macam laptop mereka dah..almaklum lah, kanak2 zaman IT ni..huhu..

oklah, hari ini ummiey nak kongsi resepi Asam Pedas Ikan Patin.. Resepi ni ummi belajar daripada mak long ummiey.. Ghanu kite tu.. hehehe..hurm, Mak long ni kakak kepada ayah ummiey.. Ummiey terjatuh cinta dgn masakan ni masa makan ketika kenduri akad nikah sepupu (anak mak long)..sebaya dengan ummi..hehhe.. ekceli, resepi yang mak long ajar 'Singgang Ikan Patin'..tapi ummiey ubah sikit jadi 'Asam Pedas Ikan Patin'..

Sedappppp..tapi depend on orang jugak..ada yg tak suka ikan patin.. Tapi ummiey suka..klu buat gulai tempoyak, alamak, mesti la lagi sodap..tambah2 lagi klu pedas berapi extravaganza..hehehe..ummiey mmg suka sgt makan pedas..ikut lidah mak..hehhe..emak ummiey, neneknya org minang..jadi mengalir jugak lah darah minang dalam tubuh ummiey..heheh..

Hurm, sebut pasal pedas ni, famili ummiey mmg dah biasa makan pedas..hehe..lawak lak bila teringat kisah dulu2..masa mula2 keluarga ummiey dapat menantu..2 orang masa tu..suami ummiey, Ahmad Najmul Khairi n adik ipar, Mohammad Imran (suami kepada Mutmainnah)..klu mereka makan, mesti berpeluh jeruk kepedasan..hahaha..tapi skrg mrk dah pakar dah..heheh..takdelah macam dulu..heheheh..hahaha, terkeluar topic lah plak..okeh, kita kembali kepda topik asal kita, Asam Pedas Ikan Patin..

Bahan-bahan:

Bahan A (Bland)

- Bawang merah (3 biji if kecil..if guna bawang besar warna merah, juz separuh sahaja)
- Bawang putih (3 ulas)
- Lengkuas (sehiris)
- Halia (sehiris)
- Kunyit hidup (sehiris)
- Cili kering (9 tangkai) - P/S: klu nak buat singgang, yang ni tak perlu isi..
- Cili api (5 biji - klu nak ikutkan hati nak isi lagi byk..tapi kesian lak kat en hubby n anak2..heheh..)
- P/S: klu nak buat singgang, gunalah 9 biji..

Bahan B

- Ikan Patin (1 ekor - kerat 3 @ 4)
- Air (5 cawan)
- Bendi (ikut suka..heheh..)
- Daun Kesum (sedap klu byk..)
- Bunga kantan (separuh je..if tak nak pun takpe..)
- Tomato (1 biji - kerat 4)
- Asam keping (1 shj - jgn besar sgt n jgn kecik sgt..lauk ni best klu rasa msm2 ckit..)
- Garam n gula (secukup rasa)
- Perencah ayam (optional - if tak nak pun tak pe..)

Cara-cara:

1) Basuh ikan sehingga bersih dan gauklan dengan tepung gandum.. Perap lebih kurang 15 minit.. Ni petua nak hilangkan hanyir..
2) Tumis Bahan A dengan sedikit minyak sehingga naik bau..
3) Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih..
4) Masukkan kesemua bahan2 yg selebihnya.. Biarkan sehingga mendidih..
5) Lastly, masukkan garam, gula dan perencah secukup rasa..
6) Siap!!! Jom kita makan.. Sodap sih.

sekian dahulu daripada ummiey utk kali ini..selamat mencubanya..mmg sedappppp..ilal liqa'..wassalam..
Baca Selanjutnya...

Pengalaman Ummiey Mengajar Anak (SIRI 1)

assalamualaikum wbt buat semua tetamu blog ummiey..utk hari ini ummiey nak kongsi serba sedikit pengalaman ummiey mengajar syifa' ABC dan sebagainya.. uumiey bukanlah orang yag arif..tetapi ummiey cuba setakat yang ummiey termampu untuk memastikan anak2 ummiey mula belajar sejak dari kecil..takkan nak tunggu hantar kat orang kot..apapun kita kena ingat dan tanam dalam diri kita, biarlah kita yang menjadi GURU YANG PERTAMA dalam hidup anak2..walau macammana sibuk pun kita..pastikan kita ada masa utk anak2..

sebelum tu ummiey cerita dululah ye perkembangan syifa' setakat ni..syifa' yang diberi nama Nur Syifa' Izzati, alhamduliLlah sekarang sudah berumur 3 tahun 7 bulan..umur makin bertambah, beratnya pun apa kurangnya..berkali2 tambah..kuat makan skrg..alhamduliLlah..tak macam dulu, sampai ummiey yang susah hati memikirkan dia yang susah nak makan..dari segi pelajaran pulak, syifa' skrg dah kenal betul2 dah ABC huruf besar dan huruf kecil..begitu juga Alif Ba Ta..utk 1 2 3, syifa' masih keliru sikit2 sbb b4 ni ummiey lebih fokus pada ABC dan Alif Ba Ta..takpe, step by step..insyaAllah, tak lama lagi kenal lah syifa' dengan nombor2..

 ~ sayalah Nur Syifa' Izzati..doakan saya menjadi anak yang solehah ye..dan yang paling penting saya dapat menjadi hamba Allah yang Taat..aminnnn Ya Rabbal A'lamin,, ~

ok, mengenal huruf dan nombor ni, ummiey kira FASA 1 lah..insyaAllah, bila syifa' sudah kenal semua nombor2, maka tamatlah FASA 1 ini..sementara nak tunggu syifa' kenal dengan nombor2, ummiey dah masuk FASA 2 untuk syifa'..apa dia ye FASA 2?ok, utk FASA 2 ni, ummiey mula mengajar syifa' menulis ABC dan Alif Ba Ta..insyaAllah, bila syifa' dah igt semua nombor, ummiey akan ajar menulis nombor sekali..

alhamduliLlah, start 2 hari yang lepas, ummiey dah masuk FASA 3..hahaha..ummiey ikut suka hati ummiey je ngajar anak ni..fleksibel..kena kena tgk mood anak juga waktu tu dan juga kecenderungan anak..kebetulan, skrg ni, syifa' suka sangat tgk video Muslim Kid School..ada 14 video semuanya..video ni ada anak2 kecil blaja Alif Ba Ta yang berbaris atas sambil menyanyi..so, rentetan dari itulah, ummiey start FASA 3..FASA 3 ni, ummiey mula mengajar syifa' Alif Ba Ta baris atas bawah dan depan..actually, ummiey nak ajar baris atas je, tapi si syifa' ni beria2 sangat dia nak juga yang baris bawah dan depan..ummiey ikut je lah..hehehehe..terlebih rajin plak anak ummiey ni..

ok, START UMUR BERAPA AJAR SYIFA'?hurm, utk jawab soalan ni, ummiey copy paste jelah msg ummiey dengan seorang ibu yang pernah bertanya pada ummiey..huhu..punya lah segan bila ditanya..sebab ummiey rasa amat2 kekurangan..takpe, sharing is caring hatta 1 ayat je yang kita tahu..tak gitu..

Si Ibu: aslmkm min... solehah ade tunjuk kt akak video anak min baca surah2 pendek, baca doa..tahniah! alhmdulillah suke nye tgk.. hehe.. ni nak berguru ni... nak tanye, mcm mne ek min ajar die, methods yg digune dan stat bile? ni nk stat ngn anak akak, bru je bg die tgk2 video alif ba ta & slalunye die suke video2 zikrullah.. alhmdulillah jugak die mnat yg itu..tak minat katun2, sbb jrg bukak2 katun, bile bkk pun nmpk die tak lyn.. klu buleh berkgsi... TQ in advance! wslm...
Ummiey: w'salam..alhamduliLlah..anak dah brp tahun kak?akak, min takdelah pandai sgt kak ajar anak..cuba2 sendiri je..hehe..segan plak dgn akak..tapi apa yg min tahu, anak2 ni kena ajar dr kecik..bukan tggu dia nk masuk tadika nnt..sbb ms kecik otak mrk sgt fresh..mudah nak igt..suci lagi katakan..hehehe..
anak2 min, lebih kurang umur 2 tahun, min sllu bg tgk video..download kat youtube..abc..alif ba ta..lagu islamic kanak2 dan juga lagu kanak2 biasa..video b'gambar..min byk jugak koleksi..nnt min bagi akak klu min balik kuantan..adik min, mutmainnah pun ada..if akak nk cpt, akak suh solehah copy pada mut..atau akak blh contact mut sndri: https://www.facebook.com/nurulmutmainnah
anak2 kecik ni mrk suka benda yg fun..benda yg berlagu..mrk akan tgk byk kali..mrk cpt m'hafal bila lihat dan dengar berulang kali..ye lah, fresh lagi katakan..hehe..masa ni kira nak asah minda mrk..bg mrk biasa m'hafal dan igt sesuatu..masa ni min tak ajar pun mrk apa2..juz ajar doa..doa2 tu, latih dia bc bl stp kali nk makan..nak tidur..naik kenderaan..min ajar yg basic je.kira masa ni baru nak warm up mrk..
syifa' plak, bila masuk 3 tahun, min cuba wajibkan diri min, stp kali after maghrib, solat sama2 dgn dia..min belikan dia telekung..after that, ajar dia baca muqaddam..alif ba ta..dan alfatihah..mula2 mmg mrk tak ingat..tapi bila dah berulang kali, mrk akan igt, insyaAllah..cuma kita kn sabar..jgn nak cepat dapat hasilnya..masa mula2 nak jinak2 kan mrk dgn proses belajar ni, tak boleh marah klu mrk salah..explain manja2..hehe..bila betul, puji dia..mst dia lagi excited..
Sekian dahulu daripada ummiey utk SIRI 1 ini..utk siri ni ummiey cerita secara kasar dahulu..insyaAllah utk siri akan datang ummiey akan perdetailkan lagi one by one sekali dgn video insyaAllah..doakan ummiey ni rajin dan istiqomah lah ye utk meng'update'..hehehe..sesungguhnya apa yang baik itu datangnya dari Allah, apa yang khilaf dan salah tu, datangnya daripada diri ummiey yang dhoif ini..tegur2 lah jika ummiey tersalah..ilal liqa'..wassalam..
Baca Selanjutnya...

"Ummiey, nak main mainan (pi playground).."

assalamualaikum buat semua..apa khabar semua?didoakan semoga semuanya sentiasa di bawah Rahmat dan Maghfirah Allah SWT..aminnnnn.. hurm, kira punya kira..dah 3 hari rupanya ummiey tak update blog..huhu..dah langgar azam utk upadate everyday..takpelah..ummiey maafkan diri ummiey..heheh..lain kali jgn buat lagi tau ummiey..

okey, hari ni, ummiey nak bercerita ttg dua orang putri ummiey..tuan puteri berdua ni mmg suka bangat sih pi ke satu tempat ni..huhu..ke mana lagi klu bukan ke playground..mmg mrk takkan boring..actually ummiey pun suka..sebab playground ni amat luas..nyaman je suasana..'sungguh indah ciptaan Tuhan..lalalalala..'
 
"Ummiey, nak main mainan..nak main kuda.." huhu..itulah yang acap kali diungkapkan oleh si kakak yang mmg tak boleh berhenti bercakap..heheeh..kira mewakili adiknya lah yang tak pandai lagi menyusun kata..anak2 ummiey mmg amat lambat boleh bercakap..bila nak masuk 3 tahun nnt, barulah pot pet pot pet mulutnya berbunyi..tapi, mereka ni mmg amat cepat berjalan..seingat ummiey, kakak pandai jalan masa 9 bulan lebih..adik plak masa 10 bulan..ntah ler..orang kata klu cepat jalan, lambat cakap..ummiey pun tak tahulah kesohihannya dari sudut sainstifik nya..tapi, mmg terbukti begitulah pada anak2 ummiey..

huhu..lari topik lah plak..berbalik kepada topik asal kita tadi, 'kuda' yang dimaksudkan kakak adalah one of the permainan yang ada kat situ..ala2 kuda gitu..hehehe..mmg best kat situ, semua permainan ada..byk plak tu..ditambah lagi dengan suasananya yang nyaman dan indah dipandang mata..sebab itu ramai pengunjung..

tempat yang ummiey maksudkan ini adalah di Taman Tengku Anis..alah, kat negeri yang paling miskin tu..tahu tak kat mana..takkan tak tahu kot negeri mana..hehehe..actually taman ni bukan juz ada playground je, ada juga laluan utk berjoging, pondok2 utk keluarga bersantai, rumputnya yang lembut dan bersih utk kita landing (hehehe..ummiey klu pi, mst cop duduk kat bawah pokok..best apa..rasa cam berpicnic gitu..), ada juga gerai makanan dan minuman, surau, tandas, dataran dan juga kolam utk mandi..utk kanak2 je tau..yang dah tua bangka, jgn duk sibuk2 heheheh.. 

oklah..setakat ini sahaja kisah ummiey utk hari ini..actually ummiey ketandusan idea nak tulis apa lagi..jom kita layan gambar je lah ye..hur, actually byk gambar, tapi ummiey sedikit kemalasan utk menyelongkar..so, pakai ambik je lah..heheheh..

~ adik dengan buainya..satu2nya gambar adik yang ummiey sgt suka..sbb susah tau nak ambik gambar si kecik sorang ni..heheheh.. ~

 ~ heheh..lena dibuai mimpi.. dah 2 kali adik tido kat playground..kan ummiey cakap tadi, mmg nyaman n best pi si sini.. ~

 ~ heheehh..bangun tido je, terus nak pi main kuda dia..muka pun mamai lagi.. ~

 ~ huhu..kakak yang suka berposing..makan pun suka..di mana ada kakak, di situ ada makanan..di mana ada makanan, di situlah ada kakak..eheheh.. ~

 ~ DONUT!!! hurm ni mmg peberet food kakak..donut yang besar tuh..klu dia makan, boleh habis 3 donut ni..sabo je lah..heheeh.. ~

 ~ kakak plak dengan buainya..klu pi petang2, mmg kena que nak tunggu main buai..sbb buai ada dalam 8 je..pengunjungnya plak punya la ramai.. ~

 ~ satu-satunya buai kat situ yang macam ni..sesuai la utk baby..tak jatuh klu naik.. ~

 ~ adik dengan kudanya lagi..heheheh.. ~

 ~ jom main gelongsor..waaaaaaaaa.. ~

 ~ cakkkkk!!! ayu lah tu konon..heheheh..mmg ayu pun anak ummiey..smg akhlaknya juga se'ayu' tuannya.. ~

 ~ okey..nak balik dh..kita jumpa lagi nanti..daaaa.. ~

okey, sekian dulu utk kali ini..ilal liqa'..wassalam..

Baca Selanjutnya...

Adikku dan 'Business'nya di usia muda..

assalamua'laikum buat semua pengunjung setia blog ummiey..apa khabar kalian hari ini..sama2 kita isi sebaiknya sisa2 usia yang masih kita ada ini..hari ini ummiey nak bercerita ttg SC.. SC???? apa itu SC? mesti ramai yang tak tahu kan..heheheh..

SC ni biznes adik ummiey..nurussyakirah namanya..comel orangnya..hehehehe..syakirah skrg tgh tunggu result SPM..dia pure science's student..semoga dapat keputusan yang terbaik adikku..heheh..bukan nak puji la, tapi result syakirah mmg selalu gempaq..alhamduliLlah..berkat usaha dia..mmg rajin study dia ni..klu dia study, mmg tak boleh nak ggu..klu tidakkkkkkkk..hahahaha..berapi satu rumahh..hehehehe..jgn marah syaki (ni nama panggilan manja ku padanya..takde makna pun..huhu..syang nama dah sedap jadi gitu kan..huhu..sabo jelah ummiey ni)..juz kidding..kih kih kih..

hurm, bercerita kembali ttg SC, SC ni stand for Syakirah's Craft.. jom lah jenguk2 biznes adik ummiey ni di FB page Syakirah's Craft atau di blog Syakirah's Craft.. SC menjual pelbagai barangan aksesori wanita & kanak-kanak (HOMEMADE PRODUCT) yang bertemakan bunga seperti BROOCH, BADGE, SKARF RAMBUT, KLIP RAMBUT n GETAH RAMBUT..

jgn main2..buat sendiri ni..mmg sangat cantik..bukan ummiey puji sb dia adik ummiey..tapi mmg cantik hasil buah tangannya..tak caye, tgk lah sendiri..coppp..betul ke ummiey guna ayat 'buah tangan' tu..hehehe..hentam saja daaa..haha hihi huhu..

alhamduliLlah, sekarang dah banyak tempahan yang adik ummiey ni dapat..sampai tak menang tangan dibuatnya..besalah kan..ni bukan produk yang ambik dari supplier..tapi dia buat sendiri tu..ummiey berbangga dan gembira dapat tolong adik ummiey ni promote biznes dia..tolong create blog n page..juga berkongsi pendapat dan idea..begitu juga dgn adik beradik lain..kami sangat menyokong dan support dia..terharu plak kang si syaki ni nnt..menangis lah tu..heheheh..
hurm, family kami siap ada FB group khas lagi tu utk kami bincang2 ttg bizness..ada juga FB group utk upadte segala kegiatan kami..so that, wlpn kami duk jauh, berita kami sentiasa ter'update..itulah salah satu wasilah kami sekeluarga mengerat kan ukhuwah sesama kami..alhamduliLlah..syukur sgt ummiey dikurniakan ahli keluarga yang baik2..especially ayah, Yusof Embong dan emak, Faridah Kamaruddin..luv u all so much..

hurm, cakap soal harga plak, murah2 je adik ummiey jual..setakat ni paling mahal pun RM5 sahaja 1 set..murah kan??? kos pos plak, hanya RM7 je (POS LAJU)..apa lagi, sapa2 yg nak beli utk kegunaan peribadi atau untuk tujuan biznes, amat dialu2 kan..beli byk, dapat less..minimum order 2 set..harga yang SC tawarkan ni, mmg rendah dari harga pasaran..so, sapa2 yang nak berbizness tu, boleh lah dapat banyak profit..takdelah seciput..heheheh..

Beli 10 set ke atas - Less 10%..
Beli 50 set ke atas - Less 15%..
Beli 100 set ke atas - Less 20%..

Ok, rasanya, dah habis idea dah nak cakap ttg bizness my sis ni..jom kita tgk gambar2 produk dia nak..meh ummiey perkenalkan secara kasar..nak detail, jemput2lah layari link SC seperti yang dinyatakan spt di atas..ehheeh..nak seribu dayakan..

~ PRODUK KELUARAN SC DENGAN MODELNYA ~



~ perkenalkan yang ni adalah BROOCH a.k.a KERONGSANG.. boleh pakai di mana sahaja yang anda nak..atas ke, bawah ke, tepi ke, tengah ke..ikut citarasa masing2.. model ni my daughter, Nur Syifa' Izzati.. hehehe.. model dari jauh..juz satu gambar je..thanks cik de (syakirah).. ~




~ perkenalkan yang ni adalah BUTTON a.k.a BADGE.. boleh guna juga as roset utk tetamu..actually utk roset ni ada design baru, bunganya double..tapi tak dirasmikan lagi..hehehe.. boleh juga dipakai utk peserta2 program..juga boleh digunakan di beg, pencil boz dan sebagainya.. model ni my youngest sister, Nurul Iman (8 tahun)..hehehe.. ~




~ perkenalkan yang ni adalah GETAH RAMBUT.. heheheh..takkan tak tahu kot nak pakai kat mana..model ni my niece, Iffah Mardhiyyah..hehehe.. iffah mmg byk jadi model sbb duk dekat ngan cik de (syakirah).. ~




~ perkenalkan yang ni adalah KLIP RAMBUT.. heheheh..takkan tak tahu kot nak pakai kat mana..model ni my niece, Iffah Mardhiyyah..hehehe.. ~




~ perkenalkan yang ni adalah SKARF RAMBUT (KAIN).. skarf yang ni, dibalut kain..so up skit lah harga..skit je..boleh dipakai di kepala dan juga di tudung..model ni my niece, Iffah Mardhiyyah..hehehe.. ~




~ perkenalkan yang ni adalah SKARF RAMBUT (PLASTIK).. skarf yang ni, TIDAK dibalut kain..so lebih murah lah harganya..boleh dipakai di kepala dan juga di tudung..model ni my niece, Iffah Mardhiyyah..hehehe.. ~

ha!!!!kalian perasan tak???model2 kami semua kanak2..ada jugak model dewasa, tapi kami coverkan mukanya..KENAPA? jawapannya, mestilah utk menjaga aurat2 para2 muslimah sekalian..biznes, bisnez jugak kan..tapi, syariat Isalam WAJIBLAH DIJAGA..

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)

~ ANTARA TEMPAHAN-TEMPAHAN YANG DITERIMA ~




~ semua jenis produk.. ~




~ badge utk peserta program.. ~




~ brooch utk dijual.. ~




~ yang ni BUNGA YOYO namanya..tapi tak dipublishkan lagi.. produk akan datang.. insyaAllah.. lupa plak nak bagitahu, produk2 yang kat atas tu, BUNGA ROSELLE namanya..heheeh..nantikanlah ye macam2 lagi jenis bunga..~

Sekian dahulu daripada ummiey utk hari ni..jangan lupa ye berkunjung ke Syakirah's Craft..window shopping pun takpe..heheheh..ilal liqa'..wassalam..
Baca Selanjutnya...

Ummiey yang sakit.. Ingatlah masa sihatmu sebelum masa sakitmu..


assalamua'laikum buat semua pengunjung2 setia blog ummiey..apa khabar semua..didoakan semoga sihat hendaknya..alhamduliLlah, akhirnya ummiey berkesempatan jugak nak update blog hari ni wlpn lambat..spt azam ummiey dalam entri yang lepas, akan ummiey cuba update bloh every day..insyaAllah..tadi pun dah ada org bertanya..tak gitu adikku Nurussyakirah..heheheh..thanks for de support..tersa bersemangat i nak upadte blog bila u tanya..heheheh..

hurm, ummiey mmg terbaring je hari ini..demam..replace tmpt anak2 plak..hehehe..alhamduliLlah mrk sihat dah..tapi skrg ni ummiey dah ok dah alhamduliLlah..syukur pada Allah..nak cerita pengalaman sakit hari ni, byk pengajaran yang boleh diambil..

1) Ingatlah masa sihat mu sebelum masa sakit mu..

mmg..mmg..dan mmg..masa sihat, semua perkara boleh nak buat..tapiii, bila udah sakit, apalah kudrat yang kita ada..nak masak utk anak pun gitu2 je..anak2 plak terpaksa layan diri sendiri..kebetulan en hubby meeting di negeri orang hari ini..klu tak, dah beli dah makanan ari ni..huhu..terima kasih putri2 ummiey..ummiey sayangggg sgt kat kalian..maafkan ummiey ye andai ada termarah kalian tadii..marah tanda sayang kan..hehehe..

~ Puteri-puteri ummiey yang baik hari ini ~

so, beringat2 lah ye..masa sihat kita, isilah sepenuhnya dengan perkara2 yang bermanfaat selagi kita termampu..jgn sekadar hangat2 tahi ayam..huhu..masa inilah kita isi dan tunaikan tanggujawab kita sebagai makhluk Allah di muka bumi ini..insyaAllah..sama2 kita saling memperingati satu sama lain..
Firman Allah SWT yang bermaksud: Apa yang di sisimu akan lenyap.. Apa yang di sisi Allah adalah kekal.. Dan Kami pasti akan berikan balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.(Surah anNahl : 96)

Wahai anak Adam! Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan, dan aku akan menutup kemiskinanmu.. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan aku tidak menutup kemiskinanmu! (Hadis Qudsi, Riwayat Ahmad)

2) Dekat dengan Allah..

bila dah sakit, hanya DIA yang sentiasa di hati..pada NYA lah tempat mengadu..syahdu je rasa.. membaca ayat2 NYA, merupakan satu ketenangan.. mmg tak dinafikan, terdapat segelintir insan, hanya dekat dengan NYA bila ditimpa ujian dan musibah..ketika susah, baru nak mencari NYA..masa senang, tak igt dunia..nauzubiLlahi min zalik.. alhamduliLlah dan syukur, buat insan2 yang terus dekat dengan NYA, setelah ditimpa kesusahan..begitulah sebaiknya..bukan hanya berubah sementara tetapi biarlah hingga ke akhirnya..hidayah Allah itu mmg cukup2 bernilai..moga terus istiqomah..
Ya Allah.. Bantulah hati ini memahami, menghayati dan merasai keindahan TAKDIR-MU. Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba.. Yang pasrah dan menyerah, seluruh dan sepenuhnya hanya pada MU..

Pintu taubat masih lagi terbuka selagi tidak berlakunya kiamat.. Menjadi tugas kepada sesiapa sahaja yang menuju ke arah pintu taubat untuk mengajak orang lain untuk bertaubat.. Bukankah ianya satu pekerjaan yang besar dimana kita menarik sahabat-sahabat kita untuk sama-sama bertaubat...?
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, barang sesiapa yang menolong (membela) agama Allah, nescaya Allah akan menolong (membela) mereka (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.. (Surah Muhammad : 7)

ok..sekian dahulu utk hari ini daripada ummiey yang kurang sihat..yang baik kita jadikan pengajaran..yang salah, sila tegur2 kan..insyaAllah, ummiey berlapang dada menerima komen2 yang membina..doakan ummiey sekeluarga sihat2 selalu..waLlahu a'lam..ilal liqa'..wassalam..
Baca Selanjutnya...

Demam oh Demam.. Sakit itu Penghapus Dosa..

salam buat semua..apa khabar..didoakan semoga sihat hendaknya..ummiey n anak2 diserang demam start malam tadi..abbiey maintain lagi setakat ni..alhamduliLlah..

hurm, biasa lah kan..perubahan cuaca..b4 ni cuaca panas molek je..2 3 hari ni, hujan plak..ummiey ok je..takdelah teruk..cuma risau ke anak2 je..naluri seorang ibu, anak sakit, kita pun turut merasa sakitnya..tak gitu ibu2 sekalian?

bercerita ttg anak2, syifa' mmg sejak dari lahir lagi, klu demam, mmg amat panas..air mata dia akan mengalir je mcm org menangis..tapi alhamduliLlah lah, demam kali ni dia tak banyak meragam..tak merengek dan sebaginya..dah besar agaknya..heheh..yang lawaknya, selera makan dia still sama..tak berubah langsung..hahahah..utk pengetahuan semua, syifa' mmg kuat makan skrg..berisi sungguh badan dia nak banding dgn yg lepas..b4 ni, ummiey yang tension nak paksa dia makan..skrg ni, dah tak payah nak pakse2..dia yang request sokmo..smpi ummiey plak yang susah hati tgk dia makan byk sangat..hahaha..

demam kali ni, dia manja ngan abbiey..makan nak abbiey suap..tak nak ummiey..sllunya ummiey lah yang tukang suap..hehehe..bila abbbiey masuk office, kejap2 nak call abbiey..kejap2 nak call abbiey..heheheh..syifa' ni sentimental sikit orangnya.. 

Syifa': ummiey, tipun lah abbiey..syifa' rinduuu kat abbiey..ummiey, bila abbiey nak balik?syifa' rinduuuuu sgt ngan abbiey..rindu SANGAT-SANGAT, ummiey.. hheeheh..ada ayat SANGAT-SANGAT tu yang tak tahan tu..hurm, syifa' ni skrg, mmg keje dia bercakap je..macam mak nenek dah jadi..hehhehe..

bercerita ttg adik plak, si najwa ni lain ckit dari kakaknya..klu adik demam, panasnya tak kuat mana..maintain je dia..cam org tak demam..alhamduliLlah..cuma dia akan kurang ckit selera makan..cakap soal demam ni, ada lahsatu scene yang terjadi..

ceritanya begini..actually kakak yang demam..ummiey pun duk asyik lah rasa dahi kakak.. 

Ummiey: kakak, panas ni dahi kakak..kakak demam ni..ala cian nya anak ummiey..meh ummiey letak tissue basah ye.. (uumiey pun pi lah ambik tissue basah n letak kat dahi kakak..kebetulan adik pun sedang baring di katil yang sama..)
Adik: miii..miii.. (panggilan adik utk ummiey..adik baru pandai cakap sikit2..anak2 ummiey mmg lambat bercakap..tapi cepat berjalan..) miii..mammmm (demam)..

sambil tu adik letak tangan kat dahi dia..hehehe..terus ummiey gelak waktu tu jugak..sabo je lah adik..ummiey put letak jugak lah tissue basah kat adik jugak..pandai je adik buat muka org demam..cerdik sungguh anak ummiey ni..last2 nya mmg adik demam jugak pun..adik mmg tak boleh tgkk ummiey rapat ngan kakak dia..jeles gitu..heheheh..besa la..ummiey pun kadang2 suka jugak mengusik adik..saje nak buat adik jeles..heheh..

oklah, panjang plak bercerita..jom kita tgk gambar plak..

~ KAKAK ~

 kakak yang demam..

 sebab lagi nak berposing dengan baby dia..anak2 ummiey paggil bear diorang baby..heheehe..syifa' mmg suka sgt bergambar berbanding adiknya..sbb tu gambar2 kakak lagi byk..

 terkejut ketika tgh tido..menangis lah sikit..tido sambil peluk baby dia..

demam, demam jugak..makan tidak dilupa.heheheh..alkisahnya, abbiey janji nak beli donut..syifa' mmg suka makan donut yang besar tu..tapi, dah habis, abbiey pun beli lah burger..terkejut ummiey ngan abbiey..sebiji burger dia habiskan..igt ke tak habis..hurm, bukan burger dia je..dengan burger2 ummiey sekali dia tumpang sekaki..heheheh..

~ ADIK ~ 

 adik yang tak macam org demam..tapi klu rasa dahi dia mmg panas..tapi tak sepanas kakak dia lah..

 anak ummiey sorang ni makin manja..ummiey dia ni, tak nak dikongsi dgn sesapa..huhu..apa yang kakak main, itulah yang dia nak..sabo je lah..hehehe..klu abbiey pi keje, dah pandai menangis nak itut..hehehe..

 dah tertido atas ribaan ummiey..selesa gitu, kata adik..heheheh..adik ni..mmg susah nak snap gambar dia..dan dia tak suka berposing macam kakak nya..heheh..mungkin nak tggu besar sikit kot..


 ala ciannya bucuk2 ummiey ni..demam ye..


Sedikit peringatan buat diriku yang alpa:

Allah berfirman yang bermaksud:

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. (Surah At-Tagaabun: 11)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekian ini dahulu buat waktu ini..doakan kami sekeluarga cepat sembuh ye..ingatlah, jangan pandang sakit itu sebagai perkara yang menyusahkan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda.Sama2 kita muhasabah kembali akan kekhilafan diri sendiri. InsyaAllah dengan izin dan kehendak dariNYA.

Ilal liqa'..wassalam..
Baca Selanjutnya...

Nafas Baru.. Semangat Baru.. Semoga Istiqomah..



salam buat semua pengunjung blog ummiey..apa khabar semua?didoakan semoga semuanya sentiasa diberi kesihatan yang baik serta terus kuat dan tabah dalam agenda untuk menjadi hambaNYA yang soleh solehah..

diakui, mmg agak lama dan agak culas atau dgn bahasa saintifiknya AGAK PEMALAS utk ummiey mengupdate blog ummiey ini..bayangkanlah, sejak diberi nafas ketika august 2008 tak silap ummiey, dah hampir 4 tahun, hanya ada 89 entri sahaja yang ummiey post..huhu..hangat2 tahi ayam sungguh orang zaman dulu kata..sabo je lah..huhu..

actually, minat ummiey ni, timbul balik, after ummiey duk menyibukkan diri dengan membuat blog2 utk orang..hehehe..duk sibuk yang org, yang diri sendiri bersawang dan berdebu setinggi berapa inchi ntah..hahaha..ummiey ni, bukanlah org IT..tapi ummiey suka benda2 camni..nak buat blog ni kena faham jugak coding2 dia..mmg pening..tapi i like it so much..heheh..antara blog yang ummiey pernah buat ikut setakat ilmu yang ummiey ada adalah seperti berikut (heheh..cam skema lah plak ayat) :

1) Syakirah's Craft - ni blog adik ummiey..
2) Nisa' Paya Besar - ni blog Nisa' Paya Besar..
3) DMP Paya Besar - ni blog Dewan Muslimat PAS Paya Besar..
4) Aishah Ali Omar - ni blog sahabat ummiey..
5) Ustaz Yusof Embong - ni blog ayah ummiey..

ok, berbalik kepada topik kita tadi..insyaAllah, ummiey berazam at least 1 hari sekurang2 nya 1 post yang ummiey create..caiyok! caiyok! tak kisah lah post utk kategori apa pun..asalkan ada perkara yang dapat ummiey kongsikan buat semua.. doakan ummiey istiqomah..jika ada salah dan silap dalam mana2 entri ummiey, segala kritikan yang MEMBINA amat2 ummiey alu2 kan..

ye lah, kita ni manusia biasa..tidaklah sempurna..terkadang, kita tak menyedari yang kita telah melakukan kesilapan..itulah gunanya ukhuwah dan persahabatan..bersahabat bukan HANYA sekadar mengiyakan semua yang sahabat kita lakukan..TETAPI, turut juga menegur dan memberi tunjuk ajar andai sahabat yang kita sayang kerana Allah itu melakukan keselipan..dengan itu, barulah kita dapat merasakan, manisnya UKHUWAH atas DASAR IMAN.. insyaAllah..

hurm, klu kalian lihat, di bahagian pages ummiey, ada page utk KOLEKSI ISLAMIC ANIMATION..sapa2 yang suka mutiara kata bergambar tu, boleh lah download picture kat situ..bukan ummiey yang buat pun, ummiey kumpul dari blog2 dan web2 lain..macam gambar utk entri ni, utk adalah one of the collection..cantikkan..ummiey suka benda2 camni..cute miut..

akhir kalam..buat FAMILY ku yang terdapat dalam BLOGLIST tu, sama2 lah ye kita m'update our blog..hehehehe..i dah update..u all bila lagi..kwing kwing kwing..tengok2 lah ye status update masing2..hehehe..sayang kalian semua..wallahu 'alam..ilal liqa'..wassalam..

Baca Selanjutnya...

Under Construction


salam buat semua..my blog skrg dalam proses penambahbaikan..jadi agak serabut jugaklah..hehe..alahamdulillah..mungkin lambat lagi baru settle..sebab ummiey nak uruskan blog2 org lain dahulu..hehe..terlebih rajin..

hurm, ummiey igt, one day, ummiey nak ambik upah buat blog lah..tapi yang simple2 je..agak2 ada sambutan ke tak..hehe..apapun masih dalam perancangan..ummiey pun sambil2 buat yg orang dan sendiri punya blog, ummiey banyak belajar..mmg terkadang agak pening la klu nak study coding2 ni..lainlah klu ummiey org IT..hehe..tapi takpe, yang penting, ummiey minat..betul tak?

ekceli, tadi ummiey, hubby n anak2 baru balik dari kenduri sepupu..dua orang kawen..alhamduliLlah..

hurm , agak kepenatan jugaklah skrg..so, stkt ini dulu utk hari ini..ilal liqa'..waaslam..
Baca Selanjutnya...

Banyaknya Sawang!!!!


Salam buat semua tetamu yang dikasihi Allah..rindunya ummi pada kalian..terasa rindu plak nak meng'update' blog yang sangatlah bersawang ini..9 bulan dah tak di'update'..dibiarkan semak tanpa jagaan..kesian kat blog ummi ni..

rasa utk kembali ber'blog' datang dikala ummi sibuk buat blog utk org lain..terdetik di hati..blog org beria sangat..blog sendiri, masya Allah.. banyaknya sawang!!!! takpe, from now on, ummi akan cuba sentiasa m'update' blog ummi ni..

hurm, baru2 ini ummi ada tolong buatkan blog utk org lain..menggunakan sekadar ilmu yang ada pada diri ummi..sambil tu boleh ummi belajar..ummi ni bukan lah datangnya dari kalangan org IT..tetapi ummi berminat benda2 camni..tapi bila dah buat, akan pening lalat lah sedikit kepala ini nak edit coding2 yang sedia ada..ummi tak kisah jika ada yang kata tak comey dan sebagainya..ummi jadikan ia dorongan utk ummi improve diri..yang penting ummi usaha, daripada tak tahu langsung, kepada apa yang ummi ada sekarang..

setakat ni, 3 blog ummi dah buat:

1) Nisa' Paya Besar - http://nisa-payabesar.blogspot.com/
2) DMP Paya Besar - http://dmppayabesar.blogspot.com/
3) Syakirah's Craft - http://syakirahcraft.blogspot.com/

sekarang plak, ummi sedang buat blog sahabat ummi..dah macam adik beradik dengan ummi..dia panggil ummi ateh..ummi panggil dia ucu..masih single lagi orangnya..sebaya dengan ummi..dirinya sangat ummi kagumi..baik tingkah laku juga akhlaknya..walaupun kami berjauhan, dia tak pernah lupa utk contact ummi..hurm, dia ni sangat sukakan kanak2 dan melayan golongan warga emas tau..alhamduliliLlah..syukur ummi pada Allah kerna dikurniakan teman sebaik dia..tak lupa juga buat along..kang merajuk plak dia..hehhe..hurm, lupa plak nak sertakan blog address ucu: http://amalinarashid.blogspot.com/

oklah..setakat ini dahulu utk kali ini..ilal liqa'..syang kamu semua..Wassalam..

Baca Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...