Mee Bandung Ummiey


Assalamualaikum buat semua..apa khabar?semoga sama2 kita dikurniakan kesihatan yang sihat untuk terus mendamba cintaNYA yang ESA, insyaAllah..hurm, minggu ni ummiey rasa nak post ttg masak2 je..saje nak kongsi dengan pengunjung blog ummiey..kalian cuba tau..sedap lah bagi ummiey..tak tahu lah bagi kalian..hehhe..macam perasan pandai sangat lah tu si ummiey ni..kui kui kui..


oklah, berbalik kpd topik kita hari ini, hurm, hari ni plak ummiey nak kongsi resepi mee bandung ummiey..simple je..ummiey tanya resepi kat Mr. Google je..tapi, ummi byk ubah resepi tu..jadi, ni kira resepi ummi lah kan..hahah..memandai je ummiey ni nak cari publisiti..okeh, malas nak mengomel panjang lagi, kita teruskan dengan resepi kita..

Bahan-bahan:

Bahan A (Bland)
- Bawang besar (1 biji)
- Bawang putih ( 7 ulas)
- Halia (2 cm)
- Cili kering (9 tangkai)
- Cili api (3 biji)


Bahan B
- Mee kuning (sebungkus)
- Udang Basah (11 ekor - lagi byk lagi best..heheh..)
- Kentang (1 biji)
- Fish ball (ikut suka..)
- Cili besar (1 biji)
- Tomato (1 biji - belah 4)
- Sawi (ikut suka..)
- Telur (2 @ 3 biji)
- Garam n gula (secukup rasa)
- Perencah ayam (optional - if tak nak pun tak pe..)


Cara-cara:

1) Celur mee kuning.. Kemudian toskan dan letak ke tepi..
2) Ubi kentang belah 4 dan rebus.. Kemudian lenyekkan atau bland dengan sedikit air.. Letak ke tepi juga..
3) Udang basah - kerat 2 dan buangkan sedikit kepada yg tajam dan ekor..kemudian rebus dengan air hingga mendidih.. hurm, pandai2 lah ye byk mana air yang nak digunakan..asalkan cukup utk makan dgn sebungkus mee.. kemudian tapis..air rebusan udang tu kita nak guna tau..ok, yang ni pun kita ketepikan jugak dulu..
4) Then, panaskan minyak dan tumis Bahan A sehingga pecah minyak n naik bau..
5) Masukkan udang dan biarkan sehingga 3 minit.. Kemudian masukkan air rebusan udang, kentang n Fish ball.. biar sehingga mendidih..
6) Kemudian, masukkan telur satu per satu..jangan Kacau!! biarkan sehingga telur hampir masak baru kacau dan masukkan sawi serta tomato..
7) Lastly, masukkan garam, gula dan perencah secukup rasa..
8) Siappp!!! Hurm, dah bolehlah di makan dengan mee yang telah anda celur tadi.. Selamat mencuba..


* Ummi masukkan sedikit air celur mee ke dalam masakan..masukkan sekali dengan bahan-bahan di cara-cara no 5..masukkan dalam 1 cawan..ha!!!! sebelum celur mee tu, sila lah basuh dahulu ye..jaga kebersihan..insyaAllah, sihat tubuh badan..okeh, setakat ini dulu utk kali ini..ilal liqa'..wassalam..

2 comments:

  1. sedapnya!!! Tengok gambar aje pun dah kenyang. Bila agaknya dapat rasa air tangan min ni ye??

    ReplyDelete
  2. hehe..akak, seriously, min tak pandai pun sangat masak..eheeh..lainlah akak..selalu bikin min terkeliur..sodap sih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...