Kisah Teladan - Tempayan Yang Retak

Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar. Tempayan-tempayan berkenaan bergantung pada kedua-dua hujung sebatang kayu yang dibawa menyilang di atas bahunya. Satu daripada temapayan itu retak dan satu lagi tidak retak.Temapayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air yang penuh setelah perjalanan panjang dari perigi ke rumah majikannya, sedangkan tempayan retak hanya dapat membawa separuh sahaja air dalam temapayan dalam tempoh masa yang sama.

Keadaan ini berterusan setiap hari selama 2 tahun. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air kerumah majikannya. Tentu sahaja tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya. Sebaliknya, si tempayan retak berasa malu sekali kerana keadaannya yang tidak sempurna. Setelah 2 tahun tertekan dengan ketidaksempurnaan dirinya, tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air, ‘Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan saya ingin memohon maaf kepadamu.’ ‘Kenapa?’ tanya si pengangkut air. ‘Kenapa kamu berasa malu?’ tambahnya lagi. ‘Selama 2 tahun ini, saya hanya mampu membawa setengah kandungan air daripada tempayan. Badanku yang retak telah membuatkan air yang dibawa bocor sepanjang perjalanan menuju ke rumah majikanmu. Aku telah membuatmu rugi kerana kecacatanku,’ kata tempayan itu.

Si pengangkut air berasa kasihan pada si tempayan retak itu, dia berkata, ‘Jika kita kembali ke rumah majikanku esok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan.’ Ketika mereka naik ke bukit, tempayan retak memerhatikan dan menyedari ada bunga-bunga indah disepanjang sisi jalan hingga membuatkannya sedikit terhibur. Namun, diakhir perjalanan, dia kembali sedih kerana mendapati isinya tinggal separuh akibat kewujudan keretakan pada badannya. Lantas tempayan retak itu kembali meminta maaf kepada si pengangkut air atas kecacatannya itu.

Melihat rasa bersalah tempayan itu, si pengangkut air berkata, ‘Apakah kamu memerhatikan disepanjang jalan sebelah sisimu terdapat bunga-bunga yang subur mekar, sedangkan tidak ada sekuntum bunga pun yang wujud di sisi tempayan yang satu lagi disepanjang perjalanan. Hal ini demikian kerana aku selalu menyedari akan cacatmu lalu aku memanfaatkannya. Aku telah menanam biji-biji bungan disepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari perigi, kamu mengairi benih-benih itu. Selama 2 tahun ini kau telah berjasa kerana aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja rumah majikan kita. Tanpa kamu dan kecacatan yang ada ini, sudah tentu majikan kita tidak dapat menghias rumahnya seindah sekarang.’ Tempayan retak itu kemudiannya berfikir tentang kekurangannya itu juga merupakan satu kelebihan jika ia dimanipulasikan dengan bijaksana dan berhikmah.

Kesimpulannya, setiap daripada kita memiliki kelemahan dan kekurang sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Allah berkuasa memanfaatkan kekurangan yang ada pada kita untuk mendatangkan kebaikan kepada manusia lain dan makhlukNya. Di sisi Allah yang Maha Bijaksana, tidak ada suatu perkara pun yang ditakdirkanNya terbuang percuma atau sia-sia. Oleh itu, jangan rasa bersalah, takut, atau rendah diri terhadap kekurangan atau kecacatan yang ada pada kita. Apa yang penting ialah kita cuba berusaha mengenali setiap kelemahan itu dan pastinya kita juga menjadi sebahagian daripada hikmah keindahan ciptaan Allah. Ketahuilah bahawa dalam setiap kelemahan, kita juga boleh menemui kekuatan dengan izin Allah SWT…
Baca Selanjutnya...

Syifa', Abi Dan Ummi Comel..

Baca Selanjutnya...

Syifa' Bertudung

Baca Selanjutnya...

Syifa' Dan Iffah..

Baca Selanjutnya...

Wah, Macam Baby Girl La...

Baca Selanjutnya...

Baby Boy @ Baby Girl Ni???

Baca Selanjutnya...

Mukminah Solehah..

Baca Selanjutnya...

Bertemu Kembali

Salam sahabat2 @ sodiqi2 @ kawan2 @ friend2 dsb..

Bertemu ye kita kembali..
maaf la syifa' dah lama menyepi..
kalian semua apa khabar ye?didoakan moga sentiasa diberi kesihatan yang baik, insyaAllah..

Sahabat2, syifa' tgh sedih ni..syifa' rinduuu sangat dengan nenek dan tokki..mereka pegi makkah tunaikan haji..lepas raya haji baru balik..syifa' rindu juga dgn mama dan baba syifa'..mereka duk bachok..syifa' plak duk kat kuantan..syifa' kena teman ummi jaga adik2 ummi..waaaa..rindu nyer...

kawan2, nak tgk tak gmbr terbaru syifa tak?comel nyerrrr..macam ummi..hehe..bukan mcm abi tu..haha..

Ok lah, nak pi upload gmbr ni..tunggu..
Baca Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...