Kisah Teladan - Tempayan Yang Retak

Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar. Tempayan-tempayan berkenaan bergantung pada kedua-dua hujung sebatang kayu yang dibawa menyilang di atas bahunya. Satu daripada temapayan itu retak dan satu lagi tidak retak.Temapayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air yang penuh setelah perjalanan panjang dari perigi ke rumah majikannya, sedangkan tempayan retak hanya dapat membawa separuh sahaja air dalam temapayan dalam tempoh masa yang sama.

Keadaan ini berterusan setiap hari selama 2 tahun. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air kerumah majikannya. Tentu sahaja tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya. Sebaliknya, si tempayan retak berasa malu sekali kerana keadaannya yang tidak sempurna. Setelah 2 tahun tertekan dengan ketidaksempurnaan dirinya, tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air, ‘Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan saya ingin memohon maaf kepadamu.’ ‘Kenapa?’ tanya si pengangkut air. ‘Kenapa kamu berasa malu?’ tambahnya lagi. ‘Selama 2 tahun ini, saya hanya mampu membawa setengah kandungan air daripada tempayan. Badanku yang retak telah membuatkan air yang dibawa bocor sepanjang perjalanan menuju ke rumah majikanmu. Aku telah membuatmu rugi kerana kecacatanku,’ kata tempayan itu.

Si pengangkut air berasa kasihan pada si tempayan retak itu, dia berkata, ‘Jika kita kembali ke rumah majikanku esok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan.’ Ketika mereka naik ke bukit, tempayan retak memerhatikan dan menyedari ada bunga-bunga indah disepanjang sisi jalan hingga membuatkannya sedikit terhibur. Namun, diakhir perjalanan, dia kembali sedih kerana mendapati isinya tinggal separuh akibat kewujudan keretakan pada badannya. Lantas tempayan retak itu kembali meminta maaf kepada si pengangkut air atas kecacatannya itu.

Melihat rasa bersalah tempayan itu, si pengangkut air berkata, ‘Apakah kamu memerhatikan disepanjang jalan sebelah sisimu terdapat bunga-bunga yang subur mekar, sedangkan tidak ada sekuntum bunga pun yang wujud di sisi tempayan yang satu lagi disepanjang perjalanan. Hal ini demikian kerana aku selalu menyedari akan cacatmu lalu aku memanfaatkannya. Aku telah menanam biji-biji bungan disepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari perigi, kamu mengairi benih-benih itu. Selama 2 tahun ini kau telah berjasa kerana aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja rumah majikan kita. Tanpa kamu dan kecacatan yang ada ini, sudah tentu majikan kita tidak dapat menghias rumahnya seindah sekarang.’ Tempayan retak itu kemudiannya berfikir tentang kekurangannya itu juga merupakan satu kelebihan jika ia dimanipulasikan dengan bijaksana dan berhikmah.

Kesimpulannya, setiap daripada kita memiliki kelemahan dan kekurang sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Allah berkuasa memanfaatkan kekurangan yang ada pada kita untuk mendatangkan kebaikan kepada manusia lain dan makhlukNya. Di sisi Allah yang Maha Bijaksana, tidak ada suatu perkara pun yang ditakdirkanNya terbuang percuma atau sia-sia. Oleh itu, jangan rasa bersalah, takut, atau rendah diri terhadap kekurangan atau kecacatan yang ada pada kita. Apa yang penting ialah kita cuba berusaha mengenali setiap kelemahan itu dan pastinya kita juga menjadi sebahagian daripada hikmah keindahan ciptaan Allah. Ketahuilah bahawa dalam setiap kelemahan, kita juga boleh menemui kekuatan dengan izin Allah SWT…
Baca Selanjutnya...

Syifa', Abi Dan Ummi Comel..

Baca Selanjutnya...

Syifa' Bertudung

Baca Selanjutnya...

Syifa' Dan Iffah..

Baca Selanjutnya...

Wah, Macam Baby Girl La...

Baca Selanjutnya...

Baby Boy @ Baby Girl Ni???

Baca Selanjutnya...

Mukminah Solehah..

Baca Selanjutnya...

Bertemu Kembali

Salam sahabat2 @ sodiqi2 @ kawan2 @ friend2 dsb..

Bertemu ye kita kembali..
maaf la syifa' dah lama menyepi..
kalian semua apa khabar ye?didoakan moga sentiasa diberi kesihatan yang baik, insyaAllah..

Sahabat2, syifa' tgh sedih ni..syifa' rinduuu sangat dengan nenek dan tokki..mereka pegi makkah tunaikan haji..lepas raya haji baru balik..syifa' rindu juga dgn mama dan baba syifa'..mereka duk bachok..syifa' plak duk kat kuantan..syifa' kena teman ummi jaga adik2 ummi..waaaa..rindu nyer...

kawan2, nak tgk tak gmbr terbaru syifa tak?comel nyerrrr..macam ummi..hehe..bukan mcm abi tu..haha..

Ok lah, nak pi upload gmbr ni..tunggu..
Baca Selanjutnya...

Hati Ini Rindu

Salam..

Dah lama rasanyer syifa' tak menulis dalam blog ni..di doakan moga sahabat2 sekalian senantiasa dalam redhaNYA..erm, utk pengetahuan kalian, sekarang syifa' duk kat pahang ngan ummi..kami terpaksa berpisah sementara dengan abi..abi, kami rinduuuu kat abiiii..rindu sangat2..abi duk jauh..rindu juga kat mama & baba..

Erm, lupa lak syifa' nak citer..syifa' duk kat pahang ni sebab tolong ummi jaga adikk2 ummi..penat betul syifa'..huhuhu..nenek ngan tokki syifa' pi makkah..3hb hari tu bertolak..syifa' ngan ummi duk sini sampailah raya haji..

Kesian kat abi..terpaksa hidup macam orang bujang..alah, ntah2 abi lagi suka kot camtu..tak gitu abi???hehehe..erm, kalau dengar dek ummi ni, mesti ummi merajuk ngan abi..haha..walau apapun, syifa' tak risau sangat tggl kan abi membujang, coz kadang2 abi pi tido dan makan kat umah baba & mama kat bachok..mama pandai masak tau..camtulah kata abi..rasa tak sabar plak syifa' nak balik kelantan..nak dukung ngan abi, mama & baba..

ok lah, sehingga bertemu lagi..wassalam..
Baca Selanjutnya...

Syifa' Diusik Mak Sedara

video
Baca Selanjutnya...

Syifa' Berjalan Ke KL

erm..esok syifa' ngan ummi pi KL..ikut abi..abi ada urusan keje..nanti boleh la syifa' jumpa cik na kat uia..cik naaaaaaaaaaaaaaaaa..tunggu syifa' tau..syifa' nak duit raya..hehe..
Baca Selanjutnya...

Syifa' Demam Beraya

Baca Selanjutnya...

Syifa' Keletihan Beraya

Baca Selanjutnya...

Syifa' Hepi Beraya

Baca Selanjutnya...

Syifa' Kembali

Salam buat semua yang syifa' sayangi..

dah lama nyer syifa' tak menjenguk blog ni..start 1 september lalu, syifa' tak usik pun blog syifa' ni..abi jer yang tolong tengok2 kan..apapun tima kacih banyak2 buat, mak long, mak chik & mak chik yang banyak bagi msg pada syifa'..cayangggggggggggg makcik2 semua..

nanti syifa' upload yer gambar terbaru syifa'..syifa' dah takder rambut...waaaaa..ummi ngan abi yang potong..macam lelaki muka syifa'..tapi tak per lah..syifa' redha..syifa' tahu, ummi ngan abi sayang sangat kat syifa' ni..syifa' pun cayangggg sangat kat ummi ngan abi..

erm, duk kelantan best je, tapi syifa rasa sunyi..sebab masa syifa' lahir dulu, umah nenek ngan tokki riuh rendah..umah tu ramai orang..maka, ramai lah yang main ngan syifa'..tapi kat kelantan ni, syifa' asyik tengok muka ummi ngan abi je..boring la juga..hehe..syifa' acah je la..jangan bitau ummi ngan abi tau..nanti ummi ngan abi merajuk plak..hehe..

sunyi2 syifa' pun, syifa' masih ada datuk ngan nenek lg kat bachok..syifa' panggil datuk dan nenek syifa' kat bachok ni, 'mama' dan 'baba'..erm, ni datuk ngan nenek syifa' sebelah abi..umah baba ngan mama pun sunyi je..yang ada hanya ayah su je..tu pun ayah su tengah fokus study skrg..ayah su nak peksa SPM..ceksu plak duk asrama..yang lain, semu duk jauh2..masa cuti panjang je lah boleh jumpa..cian baba ngan mama..mesti sunyi kat umah..nasib baik ada syifa' yang comel ni.. boleh jadi penghibur hati baba ngan mama..hehe..

ok lah..penat lah tangan syifa' ni menulis..nanti kita jumpa lagi ye..

cayang kalian semua..
Baca Selanjutnya...

Syifa' Pun Merindui Abi

Abi..tadi syifa' kunjung blog abi..abi kata abi rindu kat syifa'..syifa' pun rindu kat abi juga tau..rindu sangat abi..syifa' rasa dah tak sabar2 nak jumpa abi hujung minggu ni..nanti kita duduk sama2 kat abi..seronok nyer..
Baca Selanjutnya...

Sarawak @ Kelantan


Salam sahabat2..abi syifa' dapat offer kerja kat SHELL Malaysia di miri, sarawak..ni dah kali ketiga dah SHELL offer kat abi..keputusan untuk pergi atau tidak, masih dalam pertimbangan..abi syifa' ngah buat istikharah lagi disamping meminta pendapat daripada keluarga dan sahabat2 abi..jadi sahabat2, syifa' pun tak tahu lah samada syifa' ni jadi orang kelantan ke atau orang sarawak..ikut perancangan, hujung bulan ni sepatutnyer syifa' ngan ummi pindah ke rumah kami di kelantan..tapi sekarang, antara dua, samada kelantan @ sarawak..ummi ngan syifa' tak kisah..yang penting kami nak sentiasa di sisi abi..okay, kita jumpa lagi nanti yer..syifa' nak tido..abiiiiiiiiiiiiiiiiii, syifa' sayang abiiiiiiiiiiiiii..syifa' rinduuuuuuuuuuu sangat kat abi..ummi pun tau..muahhhh..
Baca Selanjutnya...

Syifa' Sayang Abi

Abiiii..syifa' sayang abi..syifa' nak abi sentiasa kuat dan tabah..ummi pun sayang abi juga..ummi selalu cakap kat syifa', suh syifa' jadi anak yang solehah..taat pada ummi dan abi..hormat juga pada kakak..abiii, abi jaga kesihatan yer..jaga makan dan minum..syifa' ngan ummi jauh..tak dapat nak jaga abi..kami tak nak abi sakitt..tolong yer abi..jaga kesihatan abi..demi syifa', kak fatin dan ummi..kami sayang abi..kami rinduuuuuuuu..
Baca Selanjutnya...

Kenali Sepupu Syifa'

Salam sahabat-sahabat..ni la gambar sepupu syifa'..comel kan..macam syifa' juga...hehehe..nama dia 'iffah mardhiyyah..
Baca Selanjutnya...

Sepupu Baru

Salam..syifa' hepi sangat..nak tahu tak?syifa' dah dapat sepupu baru..baru je lahir tadi..kul 3 petang..berat dia 2.9 kg..dia pompuan..sama macam syifa'..hehe..tapi dia takde nama lagi..syifa' beza umur ngan syifa' 26 hari jer..nanti boleh la syifa' belajar sama2 ngan dia..apa2 pun, doakan kami semua yer...erm, nanti syifa' masukkan gambar dia yer dalam blog ni..tungguuuuuuuuu..eh, lupa plak kat abi...abiiiiiiiiiiiiiii, syifa' rindu abiiiiiiiiiii...
Baca Selanjutnya...

Syifa' Kembali

Salam sahabat2..dah lama plak syifa' tak menulis di blog ini..syifa' sibuk laaa..hari tu abi balik..jadi syifa' nak lepaskan sepuas-puasnyer rindu syifa' kat abi..bukan apa, syifa' susah nak jumpa abi..abi syifa' duk jauh kat kelantan nun..lepas ummi syifa' habis pantang, barulah syifa', ummi ngan abi duk sama2 kat kelantan..umah kami kat nilam puri..dekat ngan KIAS..tempat abi keje..erm, nanti jemputlah datang umah yer..sahabat2 nak tahu tak..syifa' tak sabar2 tau nak tunggu saat tu..syifa' nak tatap wajah abi syifa' tiap2 hari..ummi pun camtu gak..hehe..kami sentiasa merindui abi..abiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, syifa' ngan ummi rindu abiiiiiiiiiii..
Baca Selanjutnya...

10 Etika Anak Yang Soleh

  1. Tidak mempersekutukan Allah SWT, Syirik dan Murtad

    - Merupakan kesalahan dan dosa yang amat besar.

  2. Berbuat baik kepada kedua ibubapa

    • Kenangilah penderitaan ibu yang mengandung kita dengan segala susah payah. Apabila kita dilahirkan, kita disusunya sehingga berusia kira-kira 2 tahun.

    • Banyak bersyukur kepada Allah SWT kerana diciptakan kita untuk hidup di dunia ini.

    • Doakanlah kesejahteraan ke atas mereka dan semoga Allah SWT akan menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil sehingga dewasa.

  3. Yang tidak boleh kita taati suruhan kedua ibubapa hanya apabila dipaksa syirik atau menyembah yang lain daripada Allah SWT (namun 'ketidaktaatan' ini harus dilakukan dengan cara yang baik - penuh hikmah, dakwah, siasah dan diplomasi) Ketaatan kepada ibubapa yang bukan Islam sekalipun (walaupun anaknya itu mualaf) masih diwajibkan (bukan taatkan suruhan mensyirikkan Allah SWT).

  4. Memahami bahawa segala amal ibadat kita diketahui oleh Allah SWT walau sekecil mana sekalipun.

  5. Mendirikan solat.

  6. Menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan (Amar Makruf Wa Nahyu Anil Mungkar) - dakwah lidah, hati dan anggota.

  7. Bersabar dan redha diatas segala dugaan.

  8. Tidak menyombong dan membanggakan diri samada kaya atau miskin, berpangkat ataupun tidak, berilmu atau tidak, tua atau muda atau berketurunan (orang baik-baik) dll.

  9. Bersederhana dalam segala perkara.

  10. Bersikap lemah lembut dan beradab sopan

Baca Selanjutnya...

Syifa' Ceria Kembali

Salam..nak tahu tak?syifa' hepi sangat hari ni..ummi kata, malam ni abi nk bertolak balik ke sini..syifa' rasa macam nak melompat-lompat je..tapi, syifa' tak boleh lompat..hehe..abiiiiiiii, syifa' tak sabar nak tunggu kepulangan abi..syifa' nak peluk abi, nak cium abi, nak dakap abi erat-erat..syifa' rinduuuuuuu..
Baca Selanjutnya...

Syifa' Sedih

Salam..tadi, abi tipun..abi cakap, abi tak confirm lagi dapat balik tak minggu dpn..maybe abi balik minggu dpn satu lagi..sedihnya syifa' rasa..abi janji nak balik minggu dpn..tapi takpelah, abi mungkin ada keje yang lebih penting..syifa' redha walaupun sedih sgt syifa' rasa..ummi mesti lagi sedih..abi jgn risau ye..syifa' ngan ummi akan tetap kuat untuk abi tersayang..
Baca Selanjutnya...

Lagu Syifa' Buat Ummi & Abi

Aku sayang ummi,
Ummi ku sayang ummi,
Sayang sayang ummi, ummi ku sayang...

Ummi ku sayang kau ibu mithali,
Berkorban selalu untuk kami,
Ummi ku sayang kaulah serikandi,
Semoga Allah memberkati...

Aku sayang abi,
Abi ku sayang abi,
Sayang sayang abi, abi ku sayang...

Abi ku sayang kau abi mithali,
Berkorban selalu untuk kami,
Abi ku sayang dikaulah penyeri,
Semoga Allah memberkati...

Syifa' sayang ummi & abi...
Baca Selanjutnya...

Syifa' Merindui Abi

Assalamualaikum.

Salam buat semua..hari ini syifa' rindu sgt pada abi...kan abi syifa' duk jauh..sibuk memanjang je abi syifa' tu..dgr kata abi nak balik minggu depan..seronoknya syifa'..tu ummi la bg tau...td pun abi baru tipun..tp syifa' dgr je la..tak leh nak cakap lg..hehe..apapun, syifa' nak abi tahu yang ummi dan syifa' sgt merindui abi..sayanggggggggggg abi...
Baca Selanjutnya...

IKut Ummi & Abi ke Pekan

Assalamualaikum..

hari ni syifa' ikut ummi & abi ke pekan..ummi nak pergi mengurut..seronok berjalan ni..hehe..
Baca Selanjutnya...

Syifa' Berjaga Malam

assalamualaikum..

selamat pagi kepada semua..pagi ni syifa' masih tak tido lagi...huh letih ummi dan abi dia...duk merengek je keje dia..apepun itulah namanya pengorbanan ummi dan abi...
Baca Selanjutnya...

Lahirnya Nur Syifa' Izzati



Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah..Akhirnya, tanggal 23 julai 08, selepas berada 2o jam dalam labour room dan operation room, seorang mujahidah solehah telah selamat dilahirkan..Nikmat & rezeki Allah yang tak ternilai...



Ya Rabb, betapa sakitnya bersalin hanya Engkau sahaja yang mengetahui..Benarlah, SYURGA ITU DI BAWAH TAPAK KAKI IBU..Lahirnya syifa' menjadi penawar sakitnya ummi ketika melahirkan..Moga syifa' menjadi penyejuk hati ummi dan abi, srikandi di medan dakwah..Terima kasih Tuhan diatas pemberiaanMu yang tidak ternilai...
Baca Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...