Sanah Hilwah Ya Jamilah


salam buat semua..syifa' doakan semoga semuanya sihat alhamdulillah..mari kita lihat, gambar apa yerk kat atas tu?erm, hari ni birthday syifa'..syifa' dah 1 tahun..sapa yang ingat?emmm, nampaknyer ummi ngan abi lah sahaja yang igt..banyak kali ummi ngan abi cium syifa' tadi, sambil2 mereka usap, mereka belai, mereka peluk dan mereka dakap erat2 syifa' dengan penuh kasih sayang..berkali2 ummi ngan abi mengucap'n selamat hari lahir buat syifa'..terharu sangat syifa' rasa..masa menulis ni pun, terasa mengalir je air mata di pipi syifa' ni..syifa' sayanggg sangat ummi ngan abi..

syifa' dilahirkan pada 1.37 am tanggal 23 julai 2008 di hospital tengku ampuan afzan, kuantan, pahang..berat syifa' masa lahir 3.9 kg..berat kan..masa nak lahir tu, susah betul syifa' nak kuar dari perut ummi..malu2 gitu..hehe..lama sangat ummi duk dalam labour room..hampir 20 jam..bermacam2 wayer ada kat tangan ummi..kesian ummi..disebabkan terlalu lama dalam labour room, ummi tiada kekuatan lagi untuk bersalin secara normal..erm, sebab itulah, syifa' lahir by operation..ummi dah tak dak tenaga dah..lagipun syifa' besar dan kedudukan kepala dan badan syifa' tidak berada pada posisi yang betul..erm, itu baru masa bersalin..lepas bersalin plak, macam2 yang ummi kena lalui..ummi demam..tekanan darah ummi tinggi..nak tahan kesakitan ditempat yang di'operate'..takder susu dan sebagainya..tapi, alhamdulillah lah, syifa' tak kena 'kuning'..tapi ummi kata, kesakitan yang ummi tanggung tu, terubat bila adernyer abi yang senantiasa memberi sokongan buat ummi..beruntung sungguh ummi dapat suami macam abi..

erm, abi plak, masa ummi nak bersalin, sepanjang waktu abi di sisi ummi di labour room..abi sentiasa usap2 kepala dan perut ummi..abi genggam tangan ummi erat2..abi tenangkan jiwa ummi..abi bagi semangat dan kekuatan buat ummi..abi baca ayat2 suci alQuran buat ummi..abi berdoa banyak2 kepada Allah utk ummi..tak lupa juga abi sempat buat solat hajat untuk ummi..ummi kata, ummi terharu sangat..sayang betul abi kat ummi..hari tu, makan abi pun, abi dah tak ambik kisah..sampaikan hampir demam abi dibuatnyer..bukan setakat masa ummi bersalin je..masa dah bersalin pun, abi take care sangat kat ummi..

oklah kawan2..sebenarnya, banyak lagi yang syifa' nak cerita..tapi syifa' rasa cukup sekadar itu sahaja..yang penting, apa yang syifa' nak 'highlight' kan di sini, pengorbanan ibu dan ayah itu terlalu banyak buat kita..jadi, sebagai anak, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berbuat baik pada mereka..hormati mereka..dan jadilah anak yang soleh dan solehah..anak yang menjadi kebanggaan buat mereka..yang menjadi penenang jiwa mereka..penyejuk mata mereka..

haaa! lupa plak syifa' nak btau..nanti, insyaAllah, next week syifa' nak balik pahang..ummi ngan abi kata, nak celebrate birthday syifa' di sana..buat kecik2 je..syifa' tak kisah pun..tak celebrate pun takpe..yang penting, ummi ngan abi ingat dan tetap menyayangi syifa' selamanya..

oklah, syifa' nak tido dulu..lagipun esok syifa' kena bangun awal nak pi klinik..ummi kata syifa' nak kena 'inject' esok..takutnyer syifa'..doakan syifa' tak demam ye..akhir kalam, syifa' nak ucapkan berbanyak time kasih buat nenek, toki, pck2 dan mck2 di atas segala pengorbanan dan kasih sayang kalian sejak ummi mengandungkan syifa' sehinggalah sekarang..syifa' sayang kalian semua..abiiii, syifa' sayang abiii..ummiiii, syifa' sayang ummiiii..time kacih abi ngan ummi di atas segalanya..muaahhhh..

sekian, wassalam..

1st day

1st day

1st day

2nd day

2nd day

3rd day

3rd day

3rd day

4th day

4th day

5th day

5th day

next day

next day

next day


1 comments:

  1. assalamualaikum...
    mudah2n syifa' n parent sentiasa dlm rahmat NYA..
    mak cu rindu bangta kat syifa' n ur ummi..
    huhuuh..
    bilanye nk mai a.staq lagi ni?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...