Pizza o Pizza..


salam buat semua..alhamdulillah..akhirnya dapat jugak ummi gagahkan diri ini utk m'update blog yang dah b'sawang ni..hehe..harap semuanya sihat dan bahagia ye..

oklah, untuk entri kali ni, ummi bukanlah bak bercerita ttg puteri2 ummi..tp ummi nak b'kongsi lah dgn kalian resepi yang baru ummi cipta..haha..kelako lah plak bunyi nya..actually, ummi baru je m'publish my new recipe ni kat 'fesbuk' (FB)..hehe..kira copy and paste je lah ni..huhu..

resepi ummi ni Najmin's Pizza namanya..haha..'Naj' for Najmul comey..'Min' for min cute..hehe..macam2 da..erm, spt yg ummi katakan dalam FB b4 ni, pizza ni lain ckit..no need to use cheese & oven..pendek kata, jimat kos, jimat elektrik, jimat tenaga dsb..

oklah..berbalik kepada topik kita pada hr ini..cara2 nak buat pizza yang tak seberapa ni, adalah seperti berikut:

BAHAN-BAHAN (ni budget utk sekeping pizza..jgn tgk gmbr lak..gmbr tu utk 3 pizza..) :


2 batang 'sosej' yang halal..
(lagi banyak, lg la sedap..apa2pun, jgn m'bazir dan ikut nafsu..)


daun bawang dipotong kecil..


1 keping fish cake dipotong kecil..
(lg sedap guna burger & nugget..tp, fish cake je yg ada dlm peti..guna je apa2 ajer..ikut kreativiti msg2..ikut suka hati pun takpe..hehe..)


2 ulas cili hidup dipotong kecil..
(nak pedas, tambah cili api yg dipotong halus juga..)


2 biji bawang besar juga dipotong kecil..
(klu besar, gn je la 1..pandai2 la ye..)


5 keping roti slices..


3 biji telur ayam saiz A..


lada sulah & garam secukup rasa..


haha..kuali antik dan dapur..
(jangan lupa sudip dan tong gas..ahaks..mengarut la plak..)


CARA-CARA :

senang yamg amat sih..mula2, campurkan kesemua bahan (kecuali roti)..then, kacau la sampai sebati..



kemudian, koyak2 kan roti dan masukkan ke dalam bekas bahan yang dikacau sebati td..



pastwo, gaulkan roti dengan bahan tadi sehingga sebati juga..biar semua roti dapat serap telur..



pasthree, panas'n kuali dengan sedikit sahaja minyak..api yg paling kecil tau..supaya kulit pizza tak hangus dan masak..



pasfour, masuk'n adunan bahan tadi ke dalam kuali dan 'leperkan'..haha..tak reti r nak guna istilah apa..tgk gmbr jelah erk..jgn lupa tutup kuali..



pasfive, yg ni complicated la ckit..apabila kulit bawah dah masak (coklat keemasan), keluarkan pizza ke atas pinggan @ dulang..pastu terbalikkan pizza atas pinggan atau dulang yg lain..coz klu terbalikkan dalam kuali terus, alamatnya, hancur lah pizza tu..huhu..takpe, nnt kita reka kuali khas utk buat pizza ni..anywat, nak lagi jelas, tgk gambar di bawah..




passix, masukkan kembali ke dalam kuali dan tutup kuali..




ok..selepas beberapa minit, bila dah masak (coklat keperangan), angkat la..kemudian, hias la dgn sos & mayonis..potong dan boleh la dimakan..makan semasa panas..yummi..sedap..






ok, selamat m'cuba ye..maaf atas salah bahasa dan silap kata..

wassalam..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...