Baitiey Jannatiey

Aenean quis facilisis massa. Cras justo odio, scelerisque nec dignissim quis, cursus a odio. Duis ut dui vel purus aliquet tristique.

Slide Title 2

Morbi quis tellus eu turpis lacinia pharetra non eget lectus. Vestibulum ante ipsum primis in faucibus orci luctus et ultrices posuere cubilia Curae; Donec.

Slide Title 3

In ornare lacus sit amet est aliquet ac tincidunt tellus semper. Pellentesque habitant morbi tristique senectus et netus et malesuada fames ac turpis egestas.

Kentang Putar Ummiey



Salam buat semua tetamu2 ummiey..syukran coz ziarah blog ummiey yang tak seberapa ni..udah lebih seminggu ummiey tak update blog..macam2 alasan lah akan keluar..hehehe..btw, suka sangat, akhirnya, rajin juga jari2 ummiey ni nak menekan huruf2 di keyboard ummiey ni..

oklah, utk hari ini, ummiey nak kongsikan resepi kentang putar..heheh..ummiey ni amat2 lah suka makanan yang berunsurkan kentang..hehehe..paling suka, of course lah kentang putar n cheezy wedges..sodapnya..ehhehe..bagus ummiey!! makan byk2 kentang tu..biar bertambah comel!!! hehehe..

Hurm, ummiey cari resepi ni kat Google..tapi, cam besalah kan, ummiey suka m'jadikan hak cipta sendiri..hehhe..coz ummiey byk ubah dari resepi asal..biar sesuai dengan selera ummiey..so, jadilah ia 'Kentang Putar Ummiey'..heheheh.. 

hehe, seperti biasalah, ummiey ni selalu kuar topic kan..takpe..kita berkongsi pengalaman masing2..tak salahkan..hurm, berbalik kepada topik asal kita tadi, Resepi Kentang Putar Ummiey..

ok, shall we start now? Yes!!!! (jawab pengunjung2 blog ummiey)..heheh..juz kidding..okeh, nak buat kentang putar ni, ada 2 step la..satu, nak buat kentang putar tu sendiri..kedua, nak buat kuah dia..kedua2 step ni, ummmiey buat serentak..

A) Kentang Putar:

Bahan-bahan: 
 
- Kentang (6 biji)
- Susu segar (1 susu besar je ummiey guna..patutnya resepi asal dalam 5 sudu..hehe..tapi ummiey tak suka susu..so, ikut selera masing2 lah ye..)
- Mentega (1 sudu besar)
- Garam (secukup rasa)
- Lada hitam yang di bland (1/2 sudu kecil sahaja..ummi isi sikit je coz anak2 ummi suka kentang putar..so, terpaksa lah isi sikit..klu tak, ummiey isi lebih ckit..ikut situasi masing2 lah ye..)


Cara-cara:
 
1) Potong dadu kentang dan rebus dengan air.. air tu biar sama paras dengan kentang, lebih sikit la..tambah garam sikit masa rebus..rebus hingga air kering..bukan rebus sehingga HANGIT plak..heheh..
2) Then toskan..kemudian lenyek sehingga hancur..sebab tu lah kena potong dadu..senang proses nak melenyek nya..heheh..ekceli, boleh je nak guna hand mixer..
3) Kemudian masukkan susu dan mentega.. gaulkan sehingga sebati..
4) Lastly, masukkan garam secukup rasa dan juga lada hitam..
5) Siappp!! Tunggu nak dicurahkan dengan kuah lada hitam nyaa..


B) Sos Lada Hitam:


Bahan-bahan: 
 
- Air (3 cawan)
- Bawang Holland (Bawang besar yang warna kuning tu..1/2 biji je..pastikan yg besar tau..klu bwg tu kecil skit, guna je lah sebiji..)
- Serbuk Pati Ayam (1 1/2 sudu besar)
- Mentega (2 sudu besar)
- Tepung Gandum (1 1/2 sudu besar)
- Sos tomato (1/2 sudu besar)
- Sos tiram (1/2 sudu besar)
- Garam (jika perlu)
- Lada hitam yang di bland (1 sudu kecil)


Cara-cara:
 
1) Masakkan air, serbuk pati ayam dan bawang yang dipotong dadu..Biarkan sehingga mendidih.. Then kecikkan api, biarkan selama 10 minit.. Kemudian tapis dan ketepikan dulu..kita nak guna air rebusan itu shj tau..jgn tersilap plak..bwg yang disimpan, air yg di buang..heheh..
2) Okeh, skrg, gunakan kuali yang kering dan bersih..letakkan di atas dapur..tapi jgn buka api dulu..masukkan mentega dalam kuali..then buka api kecil dan kacau mentega sehingga cair..
3) Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau.. kacau till tepung tu tak melekat di kuali (kiranya biar tepung tu sebati dgn mentega dan kelihatan sedikit cair..)
4) Then, tuangkan air rebusan tadi perlahan2 dan kacau till likat (hampir pekat)..ha!!!masa step ni, dah boleh besarkan sedikit api..tapi jgn besar sgt..apa yg penting, sederhana!!! (hehhe..jadi wonder pets sekejap)..
5) okeh, skrg boleh masukkan sos tomato dan sos tiram.. Kacau till pekat..
6) cuba rasa sedikit kuah tu..klu dah ok masin dia, tak perlu tambah garam.. If tak, tambahlah secukup rasa..
7) Lastly, masukkan bahan utama kita, iaitu sebuk lada hitam..kacau hingga sebati..
8) AlhamduliLlah..dah siap dan sedia utk dimakan..selamat mencuba..


* sepatutnya kena guna daun saderi..daun saderi ni dicincang halus dan direbus sekali pada step no 1..tapi, daun saderi takde masa ummiey pi beli..so, ummiey tak guna lah..tapi, sodap je rasa nya..macam KFC punya..

hehhe..ok, setakat ini dahulu resepi ummiey utk kali ini..sehingga kita berjumpa lagi dilain resepi..wassalam..



Baca Selanjutnya...

Kisah Teladan: Kisah Bau KASTURI dan ZINA


Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut. Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: 

“Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: 

“Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..

Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya.

Baca Selanjutnya...

Mee Bandung Ummiey


Assalamualaikum buat semua..apa khabar?semoga sama2 kita dikurniakan kesihatan yang sihat untuk terus mendamba cintaNYA yang ESA, insyaAllah..hurm, minggu ni ummiey rasa nak post ttg masak2 je..saje nak kongsi dengan pengunjung blog ummiey..kalian cuba tau..sedap lah bagi ummiey..tak tahu lah bagi kalian..hehhe..macam perasan pandai sangat lah tu si ummiey ni..kui kui kui..


oklah, berbalik kpd topik kita hari ini, hurm, hari ni plak ummiey nak kongsi resepi mee bandung ummiey..simple je..ummiey tanya resepi kat Mr. Google je..tapi, ummi byk ubah resepi tu..jadi, ni kira resepi ummi lah kan..hahah..memandai je ummiey ni nak cari publisiti..okeh, malas nak mengomel panjang lagi, kita teruskan dengan resepi kita..

Bahan-bahan:

Bahan A (Bland)
- Bawang besar (1 biji)
- Bawang putih ( 7 ulas)
- Halia (2 cm)
- Cili kering (9 tangkai)
- Cili api (3 biji)


Bahan B
- Mee kuning (sebungkus)
- Udang Basah (11 ekor - lagi byk lagi best..heheh..)
- Kentang (1 biji)
- Fish ball (ikut suka..)
- Cili besar (1 biji)
- Tomato (1 biji - belah 4)
- Sawi (ikut suka..)
- Telur (2 @ 3 biji)
- Garam n gula (secukup rasa)
- Perencah ayam (optional - if tak nak pun tak pe..)


Cara-cara:

1) Celur mee kuning.. Kemudian toskan dan letak ke tepi..
2) Ubi kentang belah 4 dan rebus.. Kemudian lenyekkan atau bland dengan sedikit air.. Letak ke tepi juga..
3) Udang basah - kerat 2 dan buangkan sedikit kepada yg tajam dan ekor..kemudian rebus dengan air hingga mendidih.. hurm, pandai2 lah ye byk mana air yang nak digunakan..asalkan cukup utk makan dgn sebungkus mee.. kemudian tapis..air rebusan udang tu kita nak guna tau..ok, yang ni pun kita ketepikan jugak dulu..
4) Then, panaskan minyak dan tumis Bahan A sehingga pecah minyak n naik bau..
5) Masukkan udang dan biarkan sehingga 3 minit.. Kemudian masukkan air rebusan udang, kentang n Fish ball.. biar sehingga mendidih..
6) Kemudian, masukkan telur satu per satu..jangan Kacau!! biarkan sehingga telur hampir masak baru kacau dan masukkan sawi serta tomato..
7) Lastly, masukkan garam, gula dan perencah secukup rasa..
8) Siappp!!! Hurm, dah bolehlah di makan dengan mee yang telah anda celur tadi.. Selamat mencuba..


* Ummi masukkan sedikit air celur mee ke dalam masakan..masukkan sekali dengan bahan-bahan di cara-cara no 5..masukkan dalam 1 cawan..ha!!!! sebelum celur mee tu, sila lah basuh dahulu ye..jaga kebersihan..insyaAllah, sihat tubuh badan..okeh, setakat ini dulu utk kali ini..ilal liqa'..wassalam..
Baca Selanjutnya...

Asam Pedas Ikan Patin


Assalamualaikum buat semua.. apa khabar?diharap semua sihat hendaknya..dah seminggu ummiey tak update blog..huhu..bukan tak nak update, tetapi, laptop ummiey baru siap di repair..heheh..wayer je pun..laptopnya ok je..heheh..pasni, anak2 ummiey dah tak merasa lah guna laptop ummiey..hehehe..hanya ummiey sahaja..sayang tuuu..b4 ni, laptop ummiey macam laptop mereka dah..almaklum lah, kanak2 zaman IT ni..huhu..

oklah, hari ini ummiey nak kongsi resepi Asam Pedas Ikan Patin.. Resepi ni ummi belajar daripada mak long ummiey.. Ghanu kite tu.. hehehe..hurm, Mak long ni kakak kepada ayah ummiey.. Ummiey terjatuh cinta dgn masakan ni masa makan ketika kenduri akad nikah sepupu (anak mak long)..sebaya dengan ummi..hehhe.. ekceli, resepi yang mak long ajar 'Singgang Ikan Patin'..tapi ummiey ubah sikit jadi 'Asam Pedas Ikan Patin'..

Sedappppp..tapi depend on orang jugak..ada yg tak suka ikan patin.. Tapi ummiey suka..klu buat gulai tempoyak, alamak, mesti la lagi sodap..tambah2 lagi klu pedas berapi extravaganza..hehehe..ummiey mmg suka sgt makan pedas..ikut lidah mak..hehhe..emak ummiey, neneknya org minang..jadi mengalir jugak lah darah minang dalam tubuh ummiey..heheh..

Hurm, sebut pasal pedas ni, famili ummiey mmg dah biasa makan pedas..hehe..lawak lak bila teringat kisah dulu2..masa mula2 keluarga ummiey dapat menantu..2 orang masa tu..suami ummiey, Ahmad Najmul Khairi n adik ipar, Mohammad Imran (suami kepada Mutmainnah)..klu mereka makan, mesti berpeluh jeruk kepedasan..hahaha..tapi skrg mrk dah pakar dah..heheh..takdelah macam dulu..heheheh..hahaha, terkeluar topic lah plak..okeh, kita kembali kepda topik asal kita, Asam Pedas Ikan Patin..

Bahan-bahan:

Bahan A (Bland)

- Bawang merah (3 biji if kecil..if guna bawang besar warna merah, juz separuh sahaja)
- Bawang putih (3 ulas)
- Lengkuas (sehiris)
- Halia (sehiris)
- Kunyit hidup (sehiris)
- Cili kering (9 tangkai) - P/S: klu nak buat singgang, yang ni tak perlu isi..
- Cili api (5 biji - klu nak ikutkan hati nak isi lagi byk..tapi kesian lak kat en hubby n anak2..heheh..)
- P/S: klu nak buat singgang, gunalah 9 biji..

Bahan B

- Ikan Patin (1 ekor - kerat 3 @ 4)
- Air (5 cawan)
- Bendi (ikut suka..heheh..)
- Daun Kesum (sedap klu byk..)
- Bunga kantan (separuh je..if tak nak pun takpe..)
- Tomato (1 biji - kerat 4)
- Asam keping (1 shj - jgn besar sgt n jgn kecik sgt..lauk ni best klu rasa msm2 ckit..)
- Garam n gula (secukup rasa)
- Perencah ayam (optional - if tak nak pun tak pe..)

Cara-cara:

1) Basuh ikan sehingga bersih dan gauklan dengan tepung gandum.. Perap lebih kurang 15 minit.. Ni petua nak hilangkan hanyir..
2) Tumis Bahan A dengan sedikit minyak sehingga naik bau..
3) Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih..
4) Masukkan kesemua bahan2 yg selebihnya.. Biarkan sehingga mendidih..
5) Lastly, masukkan garam, gula dan perencah secukup rasa..
6) Siap!!! Jom kita makan.. Sodap sih.

sekian dahulu daripada ummiey utk kali ini..selamat mencubanya..mmg sedappppp..ilal liqa'..wassalam..
Baca Selanjutnya...

Pengalaman Ummiey Mengajar Anak (SIRI 1)

assalamualaikum wbt buat semua tetamu blog ummiey..utk hari ini ummiey nak kongsi serba sedikit pengalaman ummiey mengajar syifa' ABC dan sebagainya.. uumiey bukanlah orang yag arif..tetapi ummiey cuba setakat yang ummiey termampu untuk memastikan anak2 ummiey mula belajar sejak dari kecil..takkan nak tunggu hantar kat orang kot..apapun kita kena ingat dan tanam dalam diri kita, biarlah kita yang menjadi GURU YANG PERTAMA dalam hidup anak2..walau macammana sibuk pun kita..pastikan kita ada masa utk anak2..

sebelum tu ummiey cerita dululah ye perkembangan syifa' setakat ni..syifa' yang diberi nama Nur Syifa' Izzati, alhamduliLlah sekarang sudah berumur 3 tahun 7 bulan..umur makin bertambah, beratnya pun apa kurangnya..berkali2 tambah..kuat makan skrg..alhamduliLlah..tak macam dulu, sampai ummiey yang susah hati memikirkan dia yang susah nak makan..dari segi pelajaran pulak, syifa' skrg dah kenal betul2 dah ABC huruf besar dan huruf kecil..begitu juga Alif Ba Ta..utk 1 2 3, syifa' masih keliru sikit2 sbb b4 ni ummiey lebih fokus pada ABC dan Alif Ba Ta..takpe, step by step..insyaAllah, tak lama lagi kenal lah syifa' dengan nombor2..

 ~ sayalah Nur Syifa' Izzati..doakan saya menjadi anak yang solehah ye..dan yang paling penting saya dapat menjadi hamba Allah yang Taat..aminnnn Ya Rabbal A'lamin,, ~

ok, mengenal huruf dan nombor ni, ummiey kira FASA 1 lah..insyaAllah, bila syifa' sudah kenal semua nombor2, maka tamatlah FASA 1 ini..sementara nak tunggu syifa' kenal dengan nombor2, ummiey dah masuk FASA 2 untuk syifa'..apa dia ye FASA 2?ok, utk FASA 2 ni, ummiey mula mengajar syifa' menulis ABC dan Alif Ba Ta..insyaAllah, bila syifa' dah igt semua nombor, ummiey akan ajar menulis nombor sekali..

alhamduliLlah, start 2 hari yang lepas, ummiey dah masuk FASA 3..hahaha..ummiey ikut suka hati ummiey je ngajar anak ni..fleksibel..kena kena tgk mood anak juga waktu tu dan juga kecenderungan anak..kebetulan, skrg ni, syifa' suka sangat tgk video Muslim Kid School..ada 14 video semuanya..video ni ada anak2 kecil blaja Alif Ba Ta yang berbaris atas sambil menyanyi..so, rentetan dari itulah, ummiey start FASA 3..FASA 3 ni, ummiey mula mengajar syifa' Alif Ba Ta baris atas bawah dan depan..actually, ummiey nak ajar baris atas je, tapi si syifa' ni beria2 sangat dia nak juga yang baris bawah dan depan..ummiey ikut je lah..hehehehe..terlebih rajin plak anak ummiey ni..

ok, START UMUR BERAPA AJAR SYIFA'?hurm, utk jawab soalan ni, ummiey copy paste jelah msg ummiey dengan seorang ibu yang pernah bertanya pada ummiey..huhu..punya lah segan bila ditanya..sebab ummiey rasa amat2 kekurangan..takpe, sharing is caring hatta 1 ayat je yang kita tahu..tak gitu..

Si Ibu: aslmkm min... solehah ade tunjuk kt akak video anak min baca surah2 pendek, baca doa..tahniah! alhmdulillah suke nye tgk.. hehe.. ni nak berguru ni... nak tanye, mcm mne ek min ajar die, methods yg digune dan stat bile? ni nk stat ngn anak akak, bru je bg die tgk2 video alif ba ta & slalunye die suke video2 zikrullah.. alhmdulillah jugak die mnat yg itu..tak minat katun2, sbb jrg bukak2 katun, bile bkk pun nmpk die tak lyn.. klu buleh berkgsi... TQ in advance! wslm...
Ummiey: w'salam..alhamduliLlah..anak dah brp tahun kak?akak, min takdelah pandai sgt kak ajar anak..cuba2 sendiri je..hehe..segan plak dgn akak..tapi apa yg min tahu, anak2 ni kena ajar dr kecik..bukan tggu dia nk masuk tadika nnt..sbb ms kecik otak mrk sgt fresh..mudah nak igt..suci lagi katakan..hehehe..
anak2 min, lebih kurang umur 2 tahun, min sllu bg tgk video..download kat youtube..abc..alif ba ta..lagu islamic kanak2 dan juga lagu kanak2 biasa..video b'gambar..min byk jugak koleksi..nnt min bagi akak klu min balik kuantan..adik min, mutmainnah pun ada..if akak nk cpt, akak suh solehah copy pada mut..atau akak blh contact mut sndri: https://www.facebook.com/nurulmutmainnah
anak2 kecik ni mrk suka benda yg fun..benda yg berlagu..mrk akan tgk byk kali..mrk cpt m'hafal bila lihat dan dengar berulang kali..ye lah, fresh lagi katakan..hehe..masa ni kira nak asah minda mrk..bg mrk biasa m'hafal dan igt sesuatu..masa ni min tak ajar pun mrk apa2..juz ajar doa..doa2 tu, latih dia bc bl stp kali nk makan..nak tidur..naik kenderaan..min ajar yg basic je.kira masa ni baru nak warm up mrk..
syifa' plak, bila masuk 3 tahun, min cuba wajibkan diri min, stp kali after maghrib, solat sama2 dgn dia..min belikan dia telekung..after that, ajar dia baca muqaddam..alif ba ta..dan alfatihah..mula2 mmg mrk tak ingat..tapi bila dah berulang kali, mrk akan igt, insyaAllah..cuma kita kn sabar..jgn nak cepat dapat hasilnya..masa mula2 nak jinak2 kan mrk dgn proses belajar ni, tak boleh marah klu mrk salah..explain manja2..hehe..bila betul, puji dia..mst dia lagi excited..
Sekian dahulu daripada ummiey utk SIRI 1 ini..utk siri ni ummiey cerita secara kasar dahulu..insyaAllah utk siri akan datang ummiey akan perdetailkan lagi one by one sekali dgn video insyaAllah..doakan ummiey ni rajin dan istiqomah lah ye utk meng'update'..hehehe..sesungguhnya apa yang baik itu datangnya dari Allah, apa yang khilaf dan salah tu, datangnya daripada diri ummiey yang dhoif ini..tegur2 lah jika ummiey tersalah..ilal liqa'..wassalam..
Baca Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...