Syifa' Yang The Latest


salam buat semua..didoakan semoga kalian semua senantiasa dalam redhaNYA dan diberi nikmat tubuh badan yang sihat wal a'fiat..rindunyer syifa' kat kalian semua..erm, gambar kat atas tu, gambar the latest syifa' la..comey tak?hehe..erm, skrg berat syifa' dah 7.6 kilo..naik 100 gram je masa pi klinik baru2 ni..tapi, doktor kata takpe..sebab syifa' berselera makan dan aktif..ok lah, berbalik kepada topik kita pada kali ini..perkembangan terbaru syifa'?nak tahu tak?ok, syifa' nak citer lah ni..sabar erk..sabar tukan separuh daripada iman..

buat pengetahuan semua, syifa' dah tumbuh 2 batang gigi yang sebelah bawah..alhamdulilLah..nikmat kurniaan Tuhan..terima kasih Ya AlLah..tapi tak boleh nak tunjuk gambar gigi lagi..sebab tak tumbuh habis lg..erm, gigi syifa' tu, tumbuh satu2..masa gigi 1st tu tumbuh, syifa' demam..masa gigi 2nd pn syifa' demam..ummi kata, demam tu biasa la masa nak tumbuh gigi..ummi suh syifa' sabar dan kurang'n menangis..sebab, bila dah tumbuh gigi, baru lah comey macam ummi..hehe..ada2 sajer lah ummi ni..

apa lagi ye?haaa! syifa' dah pandai jalan betul2 dah..keje syifa' skarang, nak berjalan je..hehe..habis satu umah syifa' tawaf..b4 ni, syifa' blh jalan straight je..tapi skarang dah boleh belok2 dah..belok kanan..belok kiri..hehe..macam bawak keta la plak..huhu....b4 ni jg, kalau syifa' jatuh masa jalan, syifa' tak pandai nak bangun sendiri..syifa' kena berpaut dulu pada something..baru boleh bangun..tapi skarang, tak dah..alhamdulilLah, syifa' dah pandai bangun sendiri..

other than that..cewah..speaking la plak..takper2..kena biasa kan dari kecik ni..biar bila besar nanti, syifa' pandai berbahasa inggeris..erm, syifa' skarang dah pandai hisap botol sendiri..tapi ummi ngan abi kena baring kan syifa' dulu la..kadang2, bila syifa' dahaga sangat, sampai sebotol habis air tu..untuk pengetahuan semua..syifa' ni tak minum susu tepung..syifa' tak suker..macam2 jenis susu dah abi beli..semua syifa' tak boleh minum..semua syifa' tak nak..sebab, bila syifa' minum, syifa' nak termuntah..syifa' minum air masak jer..kadang2 ummi bagi juga syifa' air sunquick..sebab kesian kat syifa', asyik minum air masak je..

video

erm, apa lg ni nak citer..no idea la..jap erk, syifa' nak pikir jap..haaaa! ting! ting! syifa' dah dapat idea..kawan2 nak tahu tak, syifa' ni skarang, pantang tengok abi berpakaian lengkap..especially bila abi pakai baju nak pi keje..mesti syifa' terus jalan kat abi..mula lah syifa' mengekor je abi jalan..ke sana lah..ke sini lah..pastu syifa' hulur2 tangan kat abi..haha..apa lagi, nak suh abi dukung lah tu maknernyer..'abi..abi..nak itut..nak itut..' erm, bila abi ambik syifa', syifa' suker sangat..terus syifa' babai ummi..tapi, bila abi tak ambik syifa', syifa' sedih sangat..waaaa..apa lagi, menangislah syifa' dibuatnyer..ummi lah tempat syifa' mengadu..huhu..macam2 lah syifa' ni kan..keje syifa' nak mengikut je..nak berjalan je..

video

satu lagi! syifa' ni, klu dah pegang barang, org lain tak boleh ambik..klu org ambik, nanti syifa' jerit..kuat plak tu..ish3..syifa' suka main beg duit dan hset ummi ngan abi..erm, kesian ummi..hset ummi dah nak rosak dah..itulah pasal, klu org msg atau tipun ummi, kadang2 ummi tak dengar..sebab, spekaer hset ummi dah tak betul..kadang2 ok..kadang2 ko..ni syifa' la punya pasal..asyik nak baling hset ummi je..hset abi ok je lagi..sebab abi suka sorok hset abi..sebab tu lah hset ummi jadi mangsa..kesian2..maaf kan syifa' ye ummi abi..syifa' tak boleh nak fikir lagi..yg syifa' tahu, nak main jer..

video

ha! satu lagi! yg ni mmg yg terakhir dah..takder dah satu lagi pasni..hehe..erm, syifa' skarang dah ader kasut dah..warna merah..ummi ngan abi yg belikan..time kacih ummi ngan abi..syifa' sayang ummi ngan abi..muahhh! hehe..tapi bila syifa' jalan pakai kasut, ummi ngan abi mesti gelak..haha..sebab lain macam jer bila syifa' jalan..punya la tinggi syifa' angkat kaki masa nak melangkah..haha..kwang3..al maklumlah..kasut baru lah katakan..syifa' tak biasa lagi..takper lah..syifa' tak kisah ummi ngan abi gelak..syifa' lagi suka..sebab syifa' dapat buat ummi ngan abi ketawa..syifa' pun turut bahagia..huhu..






oklah..sampai di sini dulu buat kali ini..salah dan silap tulisan, harap di maafkan..sayangggg kalian semua...moga kita berjumpa lagi di lain waktu..aminnn...w'salam wbt..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...