Adikku dan 'Business'nya di usia muda..

assalamua'laikum buat semua pengunjung setia blog ummiey..apa khabar kalian hari ini..sama2 kita isi sebaiknya sisa2 usia yang masih kita ada ini..hari ini ummiey nak bercerita ttg SC.. SC???? apa itu SC? mesti ramai yang tak tahu kan..heheheh..

SC ni biznes adik ummiey..nurussyakirah namanya..comel orangnya..hehehehe..syakirah skrg tgh tunggu result SPM..dia pure science's student..semoga dapat keputusan yang terbaik adikku..heheh..bukan nak puji la, tapi result syakirah mmg selalu gempaq..alhamduliLlah..berkat usaha dia..mmg rajin study dia ni..klu dia study, mmg tak boleh nak ggu..klu tidakkkkkkkk..hahahaha..berapi satu rumahh..hehehehe..jgn marah syaki (ni nama panggilan manja ku padanya..takde makna pun..huhu..syang nama dah sedap jadi gitu kan..huhu..sabo jelah ummiey ni)..juz kidding..kih kih kih..

hurm, bercerita kembali ttg SC, SC ni stand for Syakirah's Craft.. jom lah jenguk2 biznes adik ummiey ni di FB page Syakirah's Craft atau di blog Syakirah's Craft.. SC menjual pelbagai barangan aksesori wanita & kanak-kanak (HOMEMADE PRODUCT) yang bertemakan bunga seperti BROOCH, BADGE, SKARF RAMBUT, KLIP RAMBUT n GETAH RAMBUT..

jgn main2..buat sendiri ni..mmg sangat cantik..bukan ummiey puji sb dia adik ummiey..tapi mmg cantik hasil buah tangannya..tak caye, tgk lah sendiri..coppp..betul ke ummiey guna ayat 'buah tangan' tu..hehehe..hentam saja daaa..haha hihi huhu..

alhamduliLlah, sekarang dah banyak tempahan yang adik ummiey ni dapat..sampai tak menang tangan dibuatnya..besalah kan..ni bukan produk yang ambik dari supplier..tapi dia buat sendiri tu..ummiey berbangga dan gembira dapat tolong adik ummiey ni promote biznes dia..tolong create blog n page..juga berkongsi pendapat dan idea..begitu juga dgn adik beradik lain..kami sangat menyokong dan support dia..terharu plak kang si syaki ni nnt..menangis lah tu..heheheh..
hurm, family kami siap ada FB group khas lagi tu utk kami bincang2 ttg bizness..ada juga FB group utk upadte segala kegiatan kami..so that, wlpn kami duk jauh, berita kami sentiasa ter'update..itulah salah satu wasilah kami sekeluarga mengerat kan ukhuwah sesama kami..alhamduliLlah..syukur sgt ummiey dikurniakan ahli keluarga yang baik2..especially ayah, Yusof Embong dan emak, Faridah Kamaruddin..luv u all so much..

hurm, cakap soal harga plak, murah2 je adik ummiey jual..setakat ni paling mahal pun RM5 sahaja 1 set..murah kan??? kos pos plak, hanya RM7 je (POS LAJU)..apa lagi, sapa2 yg nak beli utk kegunaan peribadi atau untuk tujuan biznes, amat dialu2 kan..beli byk, dapat less..minimum order 2 set..harga yang SC tawarkan ni, mmg rendah dari harga pasaran..so, sapa2 yang nak berbizness tu, boleh lah dapat banyak profit..takdelah seciput..heheheh..

Beli 10 set ke atas - Less 10%..
Beli 50 set ke atas - Less 15%..
Beli 100 set ke atas - Less 20%..

Ok, rasanya, dah habis idea dah nak cakap ttg bizness my sis ni..jom kita tgk gambar2 produk dia nak..meh ummiey perkenalkan secara kasar..nak detail, jemput2lah layari link SC seperti yang dinyatakan spt di atas..ehheeh..nak seribu dayakan..

~ PRODUK KELUARAN SC DENGAN MODELNYA ~



~ perkenalkan yang ni adalah BROOCH a.k.a KERONGSANG.. boleh pakai di mana sahaja yang anda nak..atas ke, bawah ke, tepi ke, tengah ke..ikut citarasa masing2.. model ni my daughter, Nur Syifa' Izzati.. hehehe.. model dari jauh..juz satu gambar je..thanks cik de (syakirah).. ~




~ perkenalkan yang ni adalah BUTTON a.k.a BADGE.. boleh guna juga as roset utk tetamu..actually utk roset ni ada design baru, bunganya double..tapi tak dirasmikan lagi..hehehe.. boleh juga dipakai utk peserta2 program..juga boleh digunakan di beg, pencil boz dan sebagainya.. model ni my youngest sister, Nurul Iman (8 tahun)..hehehe.. ~




~ perkenalkan yang ni adalah GETAH RAMBUT.. heheheh..takkan tak tahu kot nak pakai kat mana..model ni my niece, Iffah Mardhiyyah..hehehe.. iffah mmg byk jadi model sbb duk dekat ngan cik de (syakirah).. ~




~ perkenalkan yang ni adalah KLIP RAMBUT.. heheheh..takkan tak tahu kot nak pakai kat mana..model ni my niece, Iffah Mardhiyyah..hehehe.. ~




~ perkenalkan yang ni adalah SKARF RAMBUT (KAIN).. skarf yang ni, dibalut kain..so up skit lah harga..skit je..boleh dipakai di kepala dan juga di tudung..model ni my niece, Iffah Mardhiyyah..hehehe.. ~




~ perkenalkan yang ni adalah SKARF RAMBUT (PLASTIK).. skarf yang ni, TIDAK dibalut kain..so lebih murah lah harganya..boleh dipakai di kepala dan juga di tudung..model ni my niece, Iffah Mardhiyyah..hehehe.. ~

ha!!!!kalian perasan tak???model2 kami semua kanak2..ada jugak model dewasa, tapi kami coverkan mukanya..KENAPA? jawapannya, mestilah utk menjaga aurat2 para2 muslimah sekalian..biznes, bisnez jugak kan..tapi, syariat Isalam WAJIBLAH DIJAGA..

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)

~ ANTARA TEMPAHAN-TEMPAHAN YANG DITERIMA ~




~ semua jenis produk.. ~




~ badge utk peserta program.. ~




~ brooch utk dijual.. ~




~ yang ni BUNGA YOYO namanya..tapi tak dipublishkan lagi.. produk akan datang.. insyaAllah.. lupa plak nak bagitahu, produk2 yang kat atas tu, BUNGA ROSELLE namanya..heheeh..nantikanlah ye macam2 lagi jenis bunga..~

Sekian dahulu daripada ummiey utk hari ni..jangan lupa ye berkunjung ke Syakirah's Craft..window shopping pun takpe..heheheh..ilal liqa'..wassalam..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...