Ummiey yang sakit.. Ingatlah masa sihatmu sebelum masa sakitmu..


assalamua'laikum buat semua pengunjung2 setia blog ummiey..apa khabar semua..didoakan semoga sihat hendaknya..alhamduliLlah, akhirnya ummiey berkesempatan jugak nak update blog hari ni wlpn lambat..spt azam ummiey dalam entri yang lepas, akan ummiey cuba update bloh every day..insyaAllah..tadi pun dah ada org bertanya..tak gitu adikku Nurussyakirah..heheheh..thanks for de support..tersa bersemangat i nak upadte blog bila u tanya..heheheh..

hurm, ummiey mmg terbaring je hari ini..demam..replace tmpt anak2 plak..hehehe..alhamduliLlah mrk sihat dah..tapi skrg ni ummiey dah ok dah alhamduliLlah..syukur pada Allah..nak cerita pengalaman sakit hari ni, byk pengajaran yang boleh diambil..

1) Ingatlah masa sihat mu sebelum masa sakit mu..

mmg..mmg..dan mmg..masa sihat, semua perkara boleh nak buat..tapiii, bila udah sakit, apalah kudrat yang kita ada..nak masak utk anak pun gitu2 je..anak2 plak terpaksa layan diri sendiri..kebetulan en hubby meeting di negeri orang hari ini..klu tak, dah beli dah makanan ari ni..huhu..terima kasih putri2 ummiey..ummiey sayangggg sgt kat kalian..maafkan ummiey ye andai ada termarah kalian tadii..marah tanda sayang kan..hehehe..

~ Puteri-puteri ummiey yang baik hari ini ~

so, beringat2 lah ye..masa sihat kita, isilah sepenuhnya dengan perkara2 yang bermanfaat selagi kita termampu..jgn sekadar hangat2 tahi ayam..huhu..masa inilah kita isi dan tunaikan tanggujawab kita sebagai makhluk Allah di muka bumi ini..insyaAllah..sama2 kita saling memperingati satu sama lain..
Firman Allah SWT yang bermaksud: Apa yang di sisimu akan lenyap.. Apa yang di sisi Allah adalah kekal.. Dan Kami pasti akan berikan balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.(Surah anNahl : 96)

Wahai anak Adam! Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan, dan aku akan menutup kemiskinanmu.. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan aku tidak menutup kemiskinanmu! (Hadis Qudsi, Riwayat Ahmad)

2) Dekat dengan Allah..

bila dah sakit, hanya DIA yang sentiasa di hati..pada NYA lah tempat mengadu..syahdu je rasa.. membaca ayat2 NYA, merupakan satu ketenangan.. mmg tak dinafikan, terdapat segelintir insan, hanya dekat dengan NYA bila ditimpa ujian dan musibah..ketika susah, baru nak mencari NYA..masa senang, tak igt dunia..nauzubiLlahi min zalik.. alhamduliLlah dan syukur, buat insan2 yang terus dekat dengan NYA, setelah ditimpa kesusahan..begitulah sebaiknya..bukan hanya berubah sementara tetapi biarlah hingga ke akhirnya..hidayah Allah itu mmg cukup2 bernilai..moga terus istiqomah..
Ya Allah.. Bantulah hati ini memahami, menghayati dan merasai keindahan TAKDIR-MU. Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba.. Yang pasrah dan menyerah, seluruh dan sepenuhnya hanya pada MU..

Pintu taubat masih lagi terbuka selagi tidak berlakunya kiamat.. Menjadi tugas kepada sesiapa sahaja yang menuju ke arah pintu taubat untuk mengajak orang lain untuk bertaubat.. Bukankah ianya satu pekerjaan yang besar dimana kita menarik sahabat-sahabat kita untuk sama-sama bertaubat...?
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, barang sesiapa yang menolong (membela) agama Allah, nescaya Allah akan menolong (membela) mereka (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.. (Surah Muhammad : 7)

ok..sekian dahulu utk hari ini daripada ummiey yang kurang sihat..yang baik kita jadikan pengajaran..yang salah, sila tegur2 kan..insyaAllah, ummiey berlapang dada menerima komen2 yang membina..doakan ummiey sekeluarga sihat2 selalu..waLlahu a'lam..ilal liqa'..wassalam..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...